31 October 2011

Keretaku yang hensem (buat pasal lagi)..

Assalamua'laikum dan selamat pagi.. Senyum ye kawan-kawan, adik-adik dan anak-anak sekalian.. Owh..abang-abang dan kakak-kakak juga.. Sekarang kempen senyum sedang berleluasa.. jadi sokong lah ye..

Kereta kesayanganku buat pasal lagi. Agaknya dia duk dengar tuan dia duk menjeling Exora kot. Huhuhu.. Gurau je En Wira yang hensem (sebab baru tukar kasut bulan tengah bulan ritu), takkan saya beralih arah ye.. Kali ni tingkap kuasa itu benar-benar menduga kesabaran. Weekend ritu dah g tukar motor. Husband beli yang tak ori ja. Asal boleh katanya.

Itupun sebab nak pergi Penang bawak anak-anak jalan-jalan. Sampai kat tol SP Selatan, husband terlupa, dia pi tekan butang open. Apalagi terbuka la tingkap tu, dah tengah duk turun tu gabra terus turun sampai habis. Selalu kalau tengah turun tu, aku akan stop dan angkat tingkap dengan tangan ja. Tapi bila dah terbukak habis, tak boleh nak buat apa dah.

Keluar jugak ke highway, berhenti kat R&R Tikam Batu, cuba angkat balik, memang tak boleh dah. Keputusannya, keluar ikut tol Bertam, terus balik SP. Mujurlah anak-anak faham.

baru nak masuk bengkel

Esoknya pergi kedai sparepart belimotor, g tukar kat kedai keta kawan dia. Oklah walaupun sistem dia terbalik. Bila tekan untuk buka, dia tutup, bila tutup tingkap tu terbuka. Malas nak pikir, terima ja seadanya.


Sedang diperbaiki. Aiman ambik gambar nih.


Tapi semalam, jadi lain pulak. Tengah tunggu husband beli barang kat kedai, aku tertidur ngan baby. Husband bukak pintu, bau hangit macam getah terbakar. Husband syak motor tingkap tu. Bukak main system memang bau hangit. Kelebek sikit sebanyak, terus aku ajak balik. Tak jadi makan kat luar.

Sampai pagi tadi, masih hangit. Sat-sat lagi aku nak bawak g kedai kereta tu nak check..

Tuan kereta yang frust dan anaknya yang suka gelak/senyum.

Ok babai..




Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker