22 November 2011

Tahniah Harimau..

Huh! Bila masalah pulak duk berkawan ngan rimau ni? Siap ucap tahniah ni. berapa ekoq kambing jiran sekampung dah berjaya dibaham?

Idakler...
Sebenarnya Tahniah Harimau Malaya! Tahniah! Tahniah atas kejayaan kalian mengharumkan nama Malaysia!!!

Ok.. saya bukanlah peminat bola sepak tegar! Tapi bila dengar Malaysia dapat masuk Final Sukan SEA ni rasa bangga semacam pulak. Mula tu taklah tunggu sangat. Melayan anak-anak. Nak makanlah, nak itulah, inilah. Siap pi kedai cari biskut lagi.

Dah separuh masa kedua saya mula tercongok depan tv meneman En Suami. Mulalah teruja. Ewah..banyak betul peluang kita kan? Tapi macam dibuang-buang saja. Geram tau dengan Fakri Saarani tu. Awatlah Ong Kim Swee tu tak gantikan dia. Alah..saya duk depan tv ja, bolehla cakap macam-macam kan? Depa duk pulun sampai berpeluh satu padang bukannya kita tau pun penat tera mana..

Tapi masa penalti tu memang berdebar habis. Mujurlah Badrul punya sepakan kencang gila (kata orang-orang muda sekarang). Spontan terkeluar, Alhamdulillah. Siap menitik airmata tu. Hampeh tul! Tak pernah saya tengok bola menitik ayaq mata. Mai mana pulaklah ayaq mata ni!

Memang saya kat rumah pun tumpang seronok, tidoq malam tersenyum-senyum walaupun si kecik tu demam tak kebah betul lagi.

Apapun Tahniah Harimau Malaya! Kekalkan prestasi...Babai..

P/s: Nak gambar jugak ke? Google jelah..
tera=macam


Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker