21 November 2011

Drive Memalam.. Kurangkan silau..

Tetiba teringat sembang ngan kenkawan masa minum pagi tadi sembang pasal drive memalam.

Alkisahnya ada seorang kawan ni dia baru balik kelas PJJ last Saturday kot. Pastu time tu dah senja, dengan hujan renyai-renyai. So silau. Sebagai perempuan memang sangat gerun drive time senja dengan hujan ni. Silau melampau-lampau. Jadi tumpuan pun kena lebih.


Pastu sambut akak sorang ni pulak. Akak kalau balik kampung malam-malam tak bagi anak-anak tidoq. Takut ngantuk sama. Jadi paksa depa semua berjaga.

Sorang lagi cerita, ni nak balik kampung ni nak kena drive sendiri. Nak bawak balik kereta. Ish takutnya jalan nak balik Kelantan tu. (ini saya dah pernah drive, jalan ke Kelantan memang gerun ok. Kat tepi-tepi jalan tu memang curam dan macam takde tepi. Tak boleh nak berhenti sesuka hati).

Saya? Paling suka drive memalam. Saya memang peliks. Malah super Peliks Ok! Kalau boleh biarlah semua orang dalam kereta tu tidur dan hanya saya terpacak drive sensoram. Gila! Hehehe. Bila orang lain tidur saya dapat drive dengan aman damai tenteram jiwa raga. Siap boleh nyanyi-nyanyi dan menari-nari goyang buntuit kata Peej. Seronok tau drive sensorang nih. Siap boleh race! Alah race tahap kanak-kanak rebina ni kan..

Paling saya suka bila saya usik-usik driver lain, tekan-tekan minyak atau potong berdesup sikit, pastu driver tu melayan. Perghhh!!! Nikmat! Sebab jap lagi mesti dia akan potong berdesup balik. Pastu lawan potong-memotong pastu kejap dah sampai destinasi. Kan cepat tu? Keh..keh..keh..

Jadi jangan hairan bila tiba-tiba tuan besar terjaga dan terkejut dah sampai Tol Changkat Jering.

Lagi satu yang best bila bawak keta awal pagi nih tak banyak kenderaan. Selesa dan lancar. Memang nikmatlah.

Cerita pasal hujan dan silau. Itu normal. Tapi bila dah biasa kita tak akan rasa apa-apa. Kecualilah hujan amat lebat dengan kilat sabung menyabung. Memula memang gayat. dah lama kita akan biasa.

Sebenarnya kalau kita guna 'rain repellent'. Silau tu akan kurang. Titik-titik hujan tu macam sentuh-sentuh saja cermin lepas tu hilang. Mudahnya macam kita tuang air atas daun keladi. Macam itulah kesannya. Memang bagus tau. Contoh macam kat bawah ni. Ada banyak brand. Cuba-cubalah tengok kat kedai-kedai aksesori kereta.

Credit to : kreta.info
Credit to : kereta.info

Tak kisahlah masa malam atau siang, memang mambantu sangat. Kiranya orang lain pasang wiper kita relaks jer bawak keta tak pasang wiper.

Oklah. Boss call pulak.. Babai..




Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker