29 December 2011

Perkahwinan kian rapuh..

Dah baca Utusan? Tak kiralah online ke e-paper ke atau terus dari kertas..

Tajuk utama tu..
5 tahun graf perceraian meningkat. Kenapa begitu?

Mungkin ramai memandang perkahwinan hanya satu keindahan untuk bersama tanpa memikirkan tanggungjawab yang bakal dipikul.
Memang tidak dinafikan perkahwinan itu menghalalkan yang haram selama ini. Malah suatu perkongsian hidup yang selama ini dipenuhi dengan aktivti bersendirian. Tiada insan yang membayangkan lepas kahwin aku nak buat ni sorang-sorang. Pastu nak buat tu sorang-sorang. Tak nak ajak dia. Lantak ke dialah nak tunggang langgang. Ada ke orang yang berkasih sayang berfikir macam tu? Kecualilah dia kahwin paksa.

Tempoh 5 tahun belum cukup untuk menilai pasangan.
Sebenarnya 5 tahun bukanlah suatu tempoh masa yang cukup untuk menilai pasangan. Malah 10 tahun pun belum tentu mencukupi. 6 bulan pertama perkahwinan adalah satu tempoh pengenalan. Sebelum kahwin memang nampak semua manis. Lebih manis dari gula. Dan tempoh 6 bulan seterusnya adalah masa penyesuaian. Juga masa-masa seterusnya adalah waktu-waktu untuk kita belajar dan menerima.


Kita takkan mampu membentuk pasangan kita menjadi seperti mana yang kita kehendaki.
Percayalah..Selepas perkahwinan kita takkan mampu membentuk pasangan kita mengikut kehendak kita secara automatik. Contohnya, dari kecil kita diasuh, sebelum mandi, buka baju dan masukkan dalam bakul mencuci. Tapi pasangan kita belum tentu diajar begitu. Maka jadilah kes baju bersepah-sepah merata. Bukan pasangan kita tidak boleh dibentuk tapi ini akan mengambil masa.

Hindarkan perkara yang boleh membangkitkan amarah.
Sebagaimana kita, pasangan kita juga tidak suka ditegur secara kasar. Malah membebel itu adalah pantang larang bagi seorang lelaki dan perempuan. Tiada manusia yang sukakan bebelan. Teguran yang lembut dan perlakuan yang baik lebih menyerap ke hati sanubari berbanding memberontak dan marah-marah. Jadi jika pasangan bersalah, tegurlah dengan berhemah dan elakkan perbuatan yang boleh menaikkan marah pasangan.

Berkenalan dan menerima selepas perkahwinan
Selepas perkahwinan lebih banyak yang masam tentang dia kita bakal ketahui. Maklumlah selama bercinta, jumpa pun sekejap saja. Dah tu molek ja lepas mandi, siap wangi-wangi. Tapi lepas kahwin, kita akan duduk dengan dia 24 jam sehari, 7 hari seminggu...Belajarlah menerima. Masam atau masin, wangi atau busuk, itulah yang telah kita pilih. Sesungguhnya belajar menerima seadanya itu lebih manis dari membenci.

Pendek kata, sebuah perkhwinan itu akan busuk jika kita meracunnya tapi akan harum mewangi jika kita membajakannya...

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker