01 February 2012

Wordless Wednesday || Bangunan MPPP

Comments

31 January 2012

Menghampiri seminggu..

Comments
Erm..Esok genap seminggu. Wah menghitung hari betul ye saya ni. entahlah. Bukan mengeluh tapi berjauhan kali ini banyak betul dugaannya.

Dan yang terbaru, semalam saya singgah ambil anak-anak seperti biasa. Saya perasan muka pengasuh lain dari biasa. Sambil mendukung Aliya pengasuh maklumkan Aliya luka. Saya beranggapan luka biasa..
Saya hanya senyum Bertanya sedikit sebanyak. Bagaimana dia? Banyakkah darahnya? Menangis teruk ke? Kata saya takpalah. Dah nak jadi.


Saya tisak marahkan pengasuh sebab, bagi saya kalau dah nak jatuh. Adatlahkan... Tak reti saya nak marah-marah pengasuh. Dahlah pengasuh saya ni baik dan lembut. Tak sampai hati saya. Dianak menjaga anak saya pun dah besar tuah saya. Cuma saya harap luka Aliya cepat sembuh dan tidak melarat-larat.

Tidur dengan Aliya semalam, dia ok saja.. Alhamdulillah..kuat anak emak ni ya..

Sebelum tidur, posing dulu..


25 January 2012

Inilah harinya..

Comments
Tinggallah kasih tinggallah sayang. Pergimu atas nama perjuangan.. Tinggalku atas nama tanggungjawab. Moga kita mampu tempuhi semua rintangan ini. Peliharalah keluarga kami Ya Allah yang maha mengetahui atas segala sesuatu..

01 January 2012

2012.. Deburan ombak membelah pantai..

Comments
Umpama deburan ombak.. Begitulah hati saya ketika ini. Degupan demi degupan terasa kuat menerjah. Dia akan meninggalkan saya lagi dalam masa 23 hari dari hari ini.

Sungguh..saya sambut 2012 dengan debar yang semakin kencang!

Dulu juga pernah ditinggalkan tapi ketika bersendirian, semuanya saya boleh harungi sendirian walaupun terkadang seperti layang-layang tapi kali ini. Dengan tanggungjawab 3 permata hati ini, semoga saya terus kuat dan tabah.

Kredit :En Gugel

Saya cuba menikmati hari-hari bersamanya sebaik mungkin. Tapi terkadang ada keliru meyapa hati. Kala tangan kami bertaut erat, saya akan cuba lepaskan. Saya tak mahu begitu sebab nanti bila berjauhan hati akan terkenang-kenang. Bolehkah begitu? Tidak! Tak sanggup rasanya..

Walaupun tak sejauh mana tapi saya tidak biasa.. 9 tahun biasa berdua. Hampir segalanya dilakukan bersama. Tapi nanti..hanya saya.. owh..hibanya jiwa..

Hati..tabahlah! Moga tiada airmata yang menitis walaupun di dalam hati ini lemas direndam olehnya..

29 December 2011

Perkahwinan kian rapuh..

Comments
Dah baca Utusan? Tak kiralah online ke e-paper ke atau terus dari kertas..

Tajuk utama tu..
5 tahun graf perceraian meningkat. Kenapa begitu?

Mungkin ramai memandang perkahwinan hanya satu keindahan untuk bersama tanpa memikirkan tanggungjawab yang bakal dipikul.
Memang tidak dinafikan perkahwinan itu menghalalkan yang haram selama ini. Malah suatu perkongsian hidup yang selama ini dipenuhi dengan aktivti bersendirian. Tiada insan yang membayangkan lepas kahwin aku nak buat ni sorang-sorang. Pastu nak buat tu sorang-sorang. Tak nak ajak dia. Lantak ke dialah nak tunggang langgang. Ada ke orang yang berkasih sayang berfikir macam tu? Kecualilah dia kahwin paksa.

Tempoh 5 tahun belum cukup untuk menilai pasangan.
Sebenarnya 5 tahun bukanlah suatu tempoh masa yang cukup untuk menilai pasangan. Malah 10 tahun pun belum tentu mencukupi. 6 bulan pertama perkahwinan adalah satu tempoh pengenalan. Sebelum kahwin memang nampak semua manis. Lebih manis dari gula. Dan tempoh 6 bulan seterusnya adalah masa penyesuaian. Juga masa-masa seterusnya adalah waktu-waktu untuk kita belajar dan menerima.


Kita takkan mampu membentuk pasangan kita menjadi seperti mana yang kita kehendaki.
Percayalah..Selepas perkahwinan kita takkan mampu membentuk pasangan kita mengikut kehendak kita secara automatik. Contohnya, dari kecil kita diasuh, sebelum mandi, buka baju dan masukkan dalam bakul mencuci. Tapi pasangan kita belum tentu diajar begitu. Maka jadilah kes baju bersepah-sepah merata. Bukan pasangan kita tidak boleh dibentuk tapi ini akan mengambil masa.

Hindarkan perkara yang boleh membangkitkan amarah.
Sebagaimana kita, pasangan kita juga tidak suka ditegur secara kasar. Malah membebel itu adalah pantang larang bagi seorang lelaki dan perempuan. Tiada manusia yang sukakan bebelan. Teguran yang lembut dan perlakuan yang baik lebih menyerap ke hati sanubari berbanding memberontak dan marah-marah. Jadi jika pasangan bersalah, tegurlah dengan berhemah dan elakkan perbuatan yang boleh menaikkan marah pasangan.

Berkenalan dan menerima selepas perkahwinan
Selepas perkahwinan lebih banyak yang masam tentang dia kita bakal ketahui. Maklumlah selama bercinta, jumpa pun sekejap saja. Dah tu molek ja lepas mandi, siap wangi-wangi. Tapi lepas kahwin, kita akan duduk dengan dia 24 jam sehari, 7 hari seminggu...Belajarlah menerima. Masam atau masin, wangi atau busuk, itulah yang telah kita pilih. Sesungguhnya belajar menerima seadanya itu lebih manis dari membenci.

Pendek kata, sebuah perkhwinan itu akan busuk jika kita meracunnya tapi akan harum mewangi jika kita membajakannya...

16 December 2011

Susu ibu..

Comments
Kredit : En Gugel
 Sudah 10 bulan. Aliya masih menyusu badan. Alhamdulillah. Moga proses ini berterusan sehingga semampunya.

Saya tidak mahu malah tidak berani berjanji sehingga bila Aliya akan menyusu. Biarlah semua itu ditentukan olehNya. Sebab bagi saya, meletakkan setinggi langit membuatkan saya tidak mampu mencapainya dan akhirnya saya akan jatuh terduduk.

10 bulan bukanlah satu masa yang singkat. Terlalu berliku dan banyak simpangnya. Hari ini stok susu hanya cukup-cukup untuk bekalan esok. Saya cuba positifkan diri dan minum air dengan banyak.

Minggu depan saya akan bercuti. Harapnya sepanjang cuti itu Aliya akan terus bergayutan dengan saya. Dan stok akan kembali bertambah.

Doakan saya ye semua pembaca agar jalan yang berliku ini mampu saya tempuhi sabaiknya..

15 December 2011

Kenangan..Mandi Sungai..

Comments
Korang pernah tak mandi sungai. Maksud saya tu bukanlah mandi sungai di tempat rekreasi ni tapi mandi sungai yang betul-betul sungai atau tali air.

Kredit to : Kampung Halaman
Macam kat atas tu.. Best woo.. tapi masa saya kecik-kecik mak saya memang sangat sayang kat saya. Jadi saya memang takdak la nak mandi-mandi sungai atau tali air ni.

Dah besaq sikit dan terlepas pandang dari mak barulah saya dapat mandi sungai. First time mandi masa umur 16 tahun. Hampeh kan? Tapi best. Memanglah ada bau sikit airnya tapi saya nih orang bendang, tak kisah punyer..

Kali kedua masa dah belajaq kat Perak. Ikut kawan balik Batu Kurau. Batu Kurau kat mana adik-adik? Perak! Ok pandai..

Memang bestlah. Kawan ajak mandi sungai. Walaupun sungai tu nampak dalam tapi ayaq dia jernih. Dengan sejuknya. Fuh..

Sekarang dah beranak 3 ni saya dah malu. Walaupun pergi tempat rekreasi sangat jarang saya mandi. Sejak kahwin lagilah kiranya saya memang jarang mandi kat tempat rekreasi. Malu. Rasa macam ada je mata memandang.. Jadinya semua hanya tinggal kenangan.

Korang ada tak kenangan macam ni?

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers