Showing posts with label susuibu. Show all posts
Showing posts with label susuibu. Show all posts

16 December 2011

Susu ibu..

Comments
Kredit : En Gugel
 Sudah 10 bulan. Aliya masih menyusu badan. Alhamdulillah. Moga proses ini berterusan sehingga semampunya.

Saya tidak mahu malah tidak berani berjanji sehingga bila Aliya akan menyusu. Biarlah semua itu ditentukan olehNya. Sebab bagi saya, meletakkan setinggi langit membuatkan saya tidak mampu mencapainya dan akhirnya saya akan jatuh terduduk.

10 bulan bukanlah satu masa yang singkat. Terlalu berliku dan banyak simpangnya. Hari ini stok susu hanya cukup-cukup untuk bekalan esok. Saya cuba positifkan diri dan minum air dengan banyak.

Minggu depan saya akan bercuti. Harapnya sepanjang cuti itu Aliya akan terus bergayutan dengan saya. Dan stok akan kembali bertambah.

Doakan saya ye semua pembaca agar jalan yang berliku ini mampu saya tempuhi sabaiknya..

16 August 2011

Susu ibu adalah makanan terbaik..

Comments
Ihsan En Gugel

Kita sebenarnya terlalu disogok dengan iklan-iklan susu tepung, malu untuk menyusu di kalayak ramai dan masalah berat anak yang tidak naik2..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers