Showing posts with label ~kampungku. Show all posts
Showing posts with label ~kampungku. Show all posts

21 December 2010

Sg Petani ke Pulau Pangkor umpama Kangar ke Alor Setar..

Comments
Balik kampung, umpama mimpi.. Bertolak dari rumah jam 12.23 tengahari lebih kurang, sampai Taiping dalam jam 2.30 petang. Sesat bangat segala bagai, jumpa adik dalam pukul 3 lebih dan bertolak balik ke Manjung dalam jam 4 petang. Sampai Manjung dalam jam 5, rehat kejap,minum dan makan kepok. Bertolak ke Pulau Pangkor lebih kurang jam 5.30 petang. Sampai Lumut, ayahnya parking.. tunggu punya tunggu dapat bot jam 6.20. Sampai pulau jam 6.50, lepak kejap, mandi dan makan. Siap nak balik, naik bot last pukul 8.30 malam. En Hubby drive dari Jeti Lumut ke Changkat Jering. Mak buyong ambil alih sampai ke Sungai Petani. Sampai rumah jam 12.35 pagi..Lega.. Gilakah kami? Kata Hj Zainal kat En Hubby..ko buat macam Sg Petani ke Sg Lalang je.. ehehehe...

Nampaknya saki baki gila stereng kami masih ada. Dulu zaman masih bujang (belum ada anak/anak duduk dengan toknya), kami selalu pergi Penang jam 12 tengahmalam. Balik sampai rumah dalam jam 4.30 pagi. Masuk kerja jam 8 pagi..ahahaha.. So sweet... Kalau diingatkan balik memang kerja gila..Tapi itulah antara kegilaan kami yang akan tetap kami kenang sampai ke tua..Insyaallah..

Hasilnya..saya memang berada pada tahap gaban punya mengantuk. Satu kerja pun tak terbuat. Berusaha jugak mengesah data staf dengan pc yang slow tahap anak kura-kura. Itu ja yang saya mampu buat hari ini. Ampun ya bos..esok saya cover balik kerja saya..


Waktu rehat sejam yang diperuntukkan hari ini, saya berurusan dengan Bank Simpanan Nasional Cawangan Amanjaya Sungai Petani. Sebagaimana diketahui, bank jenama inilah antara servis yang boleh diletakkan di ranking terbawah.

Kaunter ada 6, yang dibuka cuma 3. Saya mula menunggu lebih kurang dari jam 1.15.tghari. Dari pandangan kaca mata saya, 1 kaunter, makcik tengah bukak akaun, buat buku dan segala bagai..oklah..dah tentu lambat. Kaunter 5, mulanya berjalan lancar. 4 nombor pertama saya menunggu, bergerak laju. Lega sikit hati saya. Bukan apa, takut tak sempat dalam masa sejam. Kaunter 6 juga sentiasa bergerak nombornya. Jadinya walau no giliran saya 1551, masa saya masuk no giliran 1440. Jadinya tidaklah lama, pada firasat sayalah..

Sampai jam 1.18 tengahari, pakcik baju kemeja hijau dapat no di kaunter 5. (Ingatan ya, 1 kaunter tengah buat buku akaun). Entah apa urusan pakcik baju hijau tu, sembang, sembang dan sembang.. Warga emas di belakang saya dah merungut. sembang apa tak tau... Kakak baju biru di ruang menunggu pulak asyik tengok jam. Saya nak ja bangun dan tegur. Jadinya sekarang hanya 1 kaunter yang bergerak. Kaunter 6. Sampailah jam di dalam kaunter bank menunjukkan pukul 1.32 tengahari, barulah pakcik yang berpakaian ala-ala orang kerja pejabat tu berlalu. Dah habis cerita hal kenduri hari khamis, segala anak pinak semua..baru dia gerak. Leganya hati..

Lain kali ya pakcik..nak sembang ngan orang kampung ka..ngan orang setaman ka..mai lain pukul 4. masa tu dia boleh sembanglah kot lama-lama sebab dah nak balik. Bila duk sembang waktu orang lain nak buat kerja ni tak patutlah. sembang 4 hari 4 malam pun takkan habis... fikir orang lain sama..semua orang ada urusan.. Samalah ngan akak jaga kaunter tu, cuba-cubalah elak sembang lama-lama.. Apa awak buat kat kaunter melambangkan seluruh bank..

Sekian luahan perasaan mak buyong yang terpaksa tunggu lama untuk sekadar bertanya baki kad kredit yang hanya memerlukan 2 minit urusan di kaunter...

27 November 2010

Pantai..

Comments


Pantai? Kat mana?



Dah tentulah kampung mertua saya.. Pulau Pangkor, Perak.. Gambar ni diambil masa kena tinggal sensorang tepi pantai. Kebetulan waktu senja.

Apalagi makcik giler pemandangan ni terus ja snap.. Takde ilmu amik gambar ni, lagipun kamera digital cap itik ja ( kalau cap ayam tu takdak jenama langsung, ni adalah jugak sikit2; hehehe). Sekadar nak sharing ngan kenkawan kat sini..Enjoice.. ops..nak amik buat simpanan pun buleh..makcik tak kisah punyer..



Model tak berbayar..



28 December 2009

Saya dalam kerinduan...

Comments
Harus mak meleleh air mata ni nyah!

Sudah beberapa hari saya terasa sayu dalam hati tapi saya lawan dengan senyuman..


Hakikatnya saya rindu.. saya rindu sangat dengan udara nyaman di pagi hari yang dapat saya hirup sewaktu di kampung. Saya rindu dengan keheningan mentari di kampung saya. Saya rindu dengan bau lumpur sawah, bau ikan air tawar, rindukan joran buluh buatan arwah mak, rindu nak memancing, rindu melihat burung layang2 terbang pulang di waktu petang, rindu angin petang yang membawa khabar bahawa malam bakal menjelang, rindu pada bunyi desir daun padi sewaktu angin bertiup, rindu pada bunyi katak dan cengkerik dimalam hari, rindu pada nasi goreng masakan arwah mak saya... oh.. saya rindu semuanya...

Serasa mahu pulang dan berbasikal di tepi laut dari Kuala Sanglang ke Kuala Sungai Baru seperti dulu-dulu..

Serasa mahu memancing dan merasai kembali keseronokan berlawan dengan emak, siapa dapat memancing ikan puyu paling banyak. Selalunya saya akan kalah!

Serasa mahu pulang dan mengutip pucuk kangkung dalam kolam ikan di belakang rumah dan menghidu bau selut yang berbeza dari bau asap kenderaan di sini...

Serasa mahu pulang dan mencium pipi mak sambil berbaring di atas ribaan emak seperti dulu-dulu..

Tapi semuanya telah pergi bersama arus masa yang berlalu.. Saya sudah tidak mampu mengulang semua detik itu..

Emak... Ketahuilah..tiada waktu yang adik lalui tanpa ingatan terhadapmu.. Sesungguhnya adik rindu!!! Datang dalam mimpi adik malam nanti ya.. Berikan adik senyuman paling manis tau.. Buat pengubat rindu...

Kalau saya balik kampung, saya akan curi-curi buka almari mak dan ayah, cari kain baju arwah mak dan cium.. Tapi bauan itu sudah tidak seperti dulu lagi...

30 August 2009

Weekend di kampungku...

Comments
Hari Jumaat aku bersiap-siap untuk balik berbuka dengan ayahku tercinta. en asben masih kerja on Jumaat tapi lepas semayang Jumaat kami akan bertolak ke kampungku di utara nun..

Kununlah lepas Jumaat.. Keluar rumah dah pukul 5. 5 sengah singgah PARAM kat Gurun. Ramainya umat.. Kul 6.50 barulah jejak ke rumah ayah. Shian ayahku yang membujang itew. Sunyi ja rumah. Aku pun apelagi dengan mengelek si Aiman terus siapkan air. Aiman pulak tak mahu lepas dari dukungan. Dah pandai dah dia.. Tengok orang lain sikit dia ak nak. Tengok Tokwan dia pun dah tak nak. Lama sangat ke aku tak balik atau anak aku nih cepat kenal orang?

Maka hari nih lengkaplah sudah puasa Si Amir selama 7 hari. Tinggal 1 hari. Takpelah..baru 5 tahun. Aku dulu 7 tahun pun tak penuh2 jugak...Ngehngehngeh..

Alkisahnya masa nak balik tu kat simpang nak ke Tunjang tu ade satu lubang dalam ya amat. en asben selaku pemandu telah melanggar itu lubang. Gedekuk! Ape nak buat.. dia terelak sampai masuk lubang. Ingatkan ok jer..

Esoknya lepas balik dari market (bahasa orang kampung aku. maknanya pasar. Speaking tu org dulu2..kahkahkah). Baru perasan..rim sudah bengkok tayar sudah kembung.. ade crack sikit..

en asben g kelas tengahari terus g kedai tayar kat Jitra. Ingatkan boleh siap cepat. Esok baru siap..mean hari entry ini ditaip. Aduh! Camana? Sanggupkah aku membawa kancil en asben meredah hujan belantara sambil mengelap cermin akibat ketiadaan ekon? Kesimpulannya hari ni kami anak beranak akan mengikut dia ke Jitra untuk ambil tayar atas ketidak sanggupanku bersusahpayah membawa kancil itew.

Makanya aku dengan muka seposen akan memujuk rayu en boss untuk balik awal. oh adakah? harap2 dapat..


Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers