Showing posts with label ~kawan lama. Show all posts
Showing posts with label ~kawan lama. Show all posts

17 March 2011

Perkahwinan..

Comments
Perkahwinan adalah sebuah ikatan antara dua hati. Perkongsian segala kisah suka duka dan dua buah kehidupan menjadi satu..

Perkahwinan bukan sekadar berkahwin dengan seorang lelaki/perempuan tetapi seluruh keluarganya juga.. tetapi jka hanya sebelah pihak menganggapnya begitu dan sebelah pihak lagi masih penuh dengan syak.. owh..apakah?

p/s: Semalam teringat bukak emel.. kawan lama saya terjumpa saya dilaman ini. Bahagianya.. tak sabar nak bertemu muka dan bertukar cerita...

06 January 2010

Kawan lama..

Comments
Dalam berFB, aku selalu juga cari kawan2 lama zaman persekolahan dulu. Tapi kebanyakan nama yang aku cari takde dalam FB. Mungkin nick yang diguna glam2 belaka. Tak seperti aku yang pernah dikata nick tak glamer lah kak.. ahahaha.. kang letak nama britney dah orang tak kenal lak..hikhik.

Anyway, teringat seorang kawan lama. Taip nama dan terjumpa, huluran menjadi teman disambut.

Hari ini, aku mengambil peluang atas kelambatan mengupdate web opis, aku layari segala hal tentang dia, dari FB sehingga FP (fotopages). Tapi aku jadi kaku, tiada satu ayat pun aku keluarkan untuk memulakan kembali persahabatan dulu.

Dia pernah menjadi sahabat karib aku (bagi akulah) suatu masa dulu. Malah air mata aku pernah tumpah kerana persahabatan kami. Aku rindu pada kisah2 zaman persekolahan bersama dulu.

Semuanya mungkin hanya tinggal kenangan... Tengoklah nanti, pada suatu hari yang tenang. Aku akan memulakan bicara emas itu..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers