Showing posts with label ~kereta. Show all posts
Showing posts with label ~kereta. Show all posts

13 January 2011

Lubang la bang..

Comments
Saya selalu menceceh bila jadi penumpang di sebelah En hubby. Tunjuk jalan macam En hubby masih berlesen 'P'. Dah jadi tabiat agaknya. Ataupun sebab apabila kami asyik berbual, selalu En hubby akan salah jalan sebab bagi tumpuan pada perbualan kami. Hehe..

Tapikan..sekarang saya kurang dah tunjukkan jalan, cuma selalu bagi amaran..
"Bang lubang bang.."
Banyak betul lubang kat jalanraya sekarang. Kenkawan perasan tak? Kalau jalan tu 2 lorong sekalipun, salah satunya mesti berlubang-lubang. Satu lagi bertampal-tampal. Kenapalah agaknya ya?

Gambar sekadar hiasan. Kredit ~ blogspace.mweb.co.za


Adakah kenderaan berat sekarang dah makin berat? Atau kualiti jalan kita semakin rendah? Atau tuan-tuan penting di kawasan kita menggunakan penyerap hentak (absorber) yang maha hebat maka bila kenderaan mewah mereka meredah lubang, tidak terasa akan kesannya?

Sudah lebih 5 kali rim kereta saya di perbaiki. Dari kes senget hinggalah tahap ICU (pecah seperti kena toreh). Bayangkan besi rim boleh pecah macam kena toreh.. Belanja usah cerita, mujurlah saya di kawasan yang masih logik tahap belanja hariannya. Pandai-pandailah nak mencari kedai Ah Seng yang murah..

psst.. "Wa bagi lu mulah-mulah saja. Biaq wa lugi sikit, takpa. Olang mau mai selalu, nanti wa untung jugak maa.." kata taukeh Kedai Ah Seng.

Tips: Kalau nak perbaiki rim di kawasan Sungai Petani, jangan cari kat area pekan. Carilah di kawasan yang agak jauh. Lebih jauh lebih murah. Contohnya Gurun atau Tikam Batu.

26 December 2010

Suatu masa dulu..

Comments
Hrmm..korang pernah tak lawan kayuh basikal masa zaman kanak-kanak rebina dolu2? Saya juga pernah tetapi zaman saya penuh dengan larangan arwah emak. Emak sangat jarang membenarkan kami (saya dan kakak yang berselang 3 tahun dengan saya) bermain2 sesuka hati. Jadinya, kami sangat jarang kelihatan berkeliaran di sekeliling kampung. Biasanya emak hanya benarkan kami bermain berdekatan dengan rumah sahaja. Akhirnya larangan itu menjadi kelaziman bagi kami. Jadinya, kawan saya hanya kakak saya dan kawan kakak saya hanyalah saya..hahaha..

Kisah sebenarnya.. saya rindu nak berlumba di highway dengan en hubby..owh..apakah? Saya juga nakal. Bukanlah baik tahap dewata raya..hahaha.. Teringat suatu awal pagi..masa tu jam dah melewati jarum 12 tengahmalam. En hubby bawak kereta comelnya dan saya dengan kereta sayalah.. Kami berlumba masa balik dari kampung di Perlis. Masuk ja tol Alor Setar..kami mula menekan minyak.. owh..very the.. Seronok walaupun paras adrenaline naik turun dengan lajunya.. siap buat zig zag dengan en hubby... sekali en hubby terus pecut..saya pun ikutlah memecut sebab tengok pecutnya semacam ja..rupanya dia nampak lampu biru kelip2 kat belakang nnuuuunnnn... hahaha.. gelak sampai ke rumah..tau jugak takut..

Kenangan..kenangan..so sweet bila dikenang.. kalaulah dapat diulang suatu hari nanti... tapi janganlah ikut perlakuan kami itu. Sebab gila-gila tu datang masa tiada langsung kenderaan di atas highway.. jangan ikut tau...

15 September 2008

Tayar pancit..

Comments
Semalam hari Ahad. Rehat kul 12.15tghari. Aku keluar awal dari opis nak hantar biskut pada customer. Reverse je keta, dengar bunyi kat tayar belakang semacam jer... Ah, jap lagilah tengok.
Pas hantar biskut, balik ke kereta... argghhhh!!! Tayar pancit!

Call husband aku. Maklum kat dia. Pas tu aku keluar g stesyen minyak terdekat. Arggghhh!!! Mula rasa panas hati. Rosak pulak pam angin tu. Aku drive perlahan-lahan g stesyen minyak satu lagi. Mujurlah dekat2 jer stesyen minyak nih ngan opis aku.

Mula2 aku terus jer tekan muncung pam angin tu kat tayar.. eh..nape macam tak masuk angin jer. berhenti jap..aku belek2 kat pam. Ade butang untuk tayar kempis. Terus tekan butang tu. Oo..gitu rupenye..hehehe..lawak pun ada.. dah penuh angin tayar tu, terus aku cepat2 g kedai tayar kat seberang jalan. Dia tampal..charge RM5. Lega..Alhamdulillah!

Terus drive balik rumah... Teringat cerita kawan seopis aku. Tayar dia pancit, tp kerana terlalu harapkan suami dia tak berani g tampal sensorang. Mujurlah aku tak masuk golongan perempuan macam tu... Mujurlah aku belajar jugak sikit2 hal kereta...

Apepun ilmu tu penting. Bukan setakat tau guna tapi kena gak ade sikit2 ilmunya.. kalau tak maunya mati kering harapkan orang lain...

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers