Hari nih 9 September 2009 genap 7 tahun perkahwinan kami. Alhamdulillah. Moga terus kekal.
Tiada potongan kek, tiada sambutan. Atas kehendak aku sebenarnya. Malaslah bulan puasa nih. Lepas raya esok kita sambut ye yang..hihihi.. Kami hanya bertukar-tukar hadiah. Seronoknya dapat rantai tangan dari ayang.. Mahal tau! (bagi akulah yang tak pernah dapat hadiah semahal ni).
So..aku nak cerita riwayat susah senang 7 tahun melayari bahtera supaya esok2 anak-anak aku akan kenang..
Aku kenal en asben ku ini tahun 1997 pada 15 Mei. Kenal kat tepi pantai Pulau Pangkor jer. Hahaha! Tak kelas langsung. Sejak tu mula berkawan then berchenta. Hahaha..Kalau kenang banyak tul yang tak logik kita dah buat ye yang..Itulah cinta pertama aku. Malah kalau jumpa kawan2 sekolej dulu soalan depa.. "Yang nikan yang hang duk usung pi mai pi mai dulu tu?" Hahaha..Pemes giler... Anak-anak..sila jangan ikut perangai mak tau!
Sebelum dapat kerja tetap aku dah bertunang pada 24 Januari 2001. Berkahwin pada 9 September 2002 juga akad nikah pada hari yang sama.
Kami tidak punya banyak persamaan tapi kesabaran mengimbangkan ketidak samaan itu. Gaduh tu perkara biasa. Malah bagi akulah kan.. salah satu cara untuk melepaskan ketidakpuasan hati adalah dengan bergaduh. Segala ketidakpuasan akan terlerai dengan ikhlas. Tapi bila dah usia perkahwinan makin bertambah kes gaduh ni dah kurang. Mungkin keserasian dan memasing dah faham. Anak pun dah besar. Cuma bab cemburu dia kekadang aku masih tak tahan..Hahaha! Takpekan yang..cemburu tanda sayang. Aku juga ada cemburukan dia, tapi aku lebih sabar. Siasat dan berkias hingga dia bercerita. Malah sekarang kalau ada perempuan senyum pada dia pun dia akan cerita.
Aku sangat berbangga memiliki dia. Sungguhpun kekadang hati jahat aku membandingkan dia dengan suami orang lain tapi aku cepat2 sedar. Aku tahu dia sentiasa cuba menjadi yang terbaik. Aku suka menerima dia seadanya walaupun kekadang aku menegur juga kerana ada sesetengah hal aku nak jugak dia ikut acuan aku.hehehe..
Segalanya berlangsung dengan baik. Biasalah ikatan mana yang tiada pasang surutnya. Kedewasaan telah mengubah kami menjadi lebih sabar. Aku bersyukur dikurniakan dia untuk aku.
9 bulan selepas berkahwin kami mendapat berita gembira, Amir bakal kami timang 9 bulan lagi. Walaupun berjauhan (masa tu dia berkursus di Port Dickson) tapi aku tetap harungi waktu2 mengandung dengan sabar. Walaupun kekadang telepas jugak batas sabar tu. Tanggal 30 Januari 2004 jam 11.45 malam, Muhammad Amir Izzuddin dilahirkan. Bertambah tanggungjawab dan keindahan makin terasa.
Selepas 4 tahun dengan berbagai usaha, Muhammad Aiman Hakim pula dilahirkan pada 10 Oktober 2008 jam 4.45 petang. Bertambah berseri hidup kami.
Hariini genap 7 tahun perkahwinan kami. Terima kasih atas segala pemberianmu sayang dan atas segala kesabaranmu. Kesetiaanku sebagai balasan.. Semoga terus kekal..