Siapa tidak pernah dengar lagu Suasana Hari Raya Anuar dan Elina. Rasanya kanak2 umur 3 tahun pun dah boleh hafal lagu ini dalam version diaorang.
Teringat Amir nyanyikan lagu nih masa dia kecil2 dulu. Nih lirik yang diubah oleh Amir..
Suasana Di Hari Raya
A:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak kuda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
E:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
( korus 1 )
A:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
E:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
( korus 2 )
A:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
E:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
A & E:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak kuda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Bayangkan dengan suaranya yang nyaring dan penuh yakin nyanyikan lagu nih. Aku mesti terbahak-bahak bila dengar dia nyanyikan. Bukan aku tak betulkan tapi dia akan kata salahlah mak.. muda tu apa. Lepas tu dia akan nyanyi balik ikut lirik dia.
Tahun lepas masa nak balik beraya aku dah donlod lagu nih untuk dipasang dalam kereta. Maka berduetlah kami berdua dalam kereta sepanjang perjalanan. Entah berapa kali kami ulang lagu ni sehinggalah sampai depan rumah tokwannya di Perlis. Bayang 2 jam perjalanan yang penuh dengan nyanyian sumbing kami..Hahaha..Layan aje lah anak ooiii...