18 October 2009

Aiman setahun..

Hari ini, jam 4.45 petang, pada tahun 2008, lahirlah seorang putera rupawan dengan dengan berat 3.55kg dan memperolehi markah 9/10 nilai apgar hasil ujian pertamanya.

Dan hari ini Aiman telah genap setahun. Alhamdulillah..

Segala susah senang telah diharungi untuk membesarkan anak ini sendiri. Anak emak yang tidak susah untuk dijaga dan diasuh. Bijak dan nakal..

Setahun, apa yang Aiman dah boleh buat..

Anak emak dah pandai berjalan.
Anak emak dah pandai angkat handphone dan letak kat kepala..hahaha..
Anak emak dah pandai gaduh ngan abangnya.
Anak emak dah pandai rindukan ayahnya.
Anak emak dah pandai tutup radio kereta.
Anak emak dah pandai mengusik kami semua..

Semoga Aiman terus sihat, gembira, bijaksana, mendengar kata, ceria, berjaya dan menjadi anak yang soleh serta menurut segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya...Amin..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker