Owh.. Ini entry takdak kaitan ngan sebarang insan na.. Ni blog aku, aku punya suka aku nak taip apa. Nak terasa? Lantakmu la deh!
Tujuan aku tulis ni bukan nak perli atau nak bagi sesapa terasa. Setiap orang ada benda yang suka dan tak suka kan? Aku juga macam tu. Salah satu aku tak suka @ mencik ialah buat kerja orang yang bukan berkait dengan aku dan buat kerja last minit.
Last Sunday, ada meeting. Aku kena amik minit. Logik dak? IT admin dari IT department kena amik minit yang langsung takdak kaitan dengan IT. Bukan aku nak eksen tapi cer bayang tengok. Basic typing pun aku tak penah amik. Inikan pulak minit mesorat. Kalau suruh buat program tu logik jugak. Bagilah orang lain. Ok dah kena, kenalah jugakkan. Aku pun buatlah minit.
Meeting 27/9, siap minit on 29/9, kira cepatlah jugak. Aku memang tak pandai buat ayat. Masa peksa SPM aku dapat 6 untuk BM. Masa study toksah citala..mana ada subjek BM. Dah cos pun IT. Math pun dalam BI. Lainlah aku amik kursus Setiausaha ka...
Tong tang tong tang aku hantaq minit untuk boss semak pada 29/9 petang. Aku memang tak pandai baca tulisan tangan orang. Lagipun aku tak biasa ngan tulisan boss lainlah kalau s/u dia atau kerani@typist yang biasa ngan tulisan dia kan. So, esok paginya 30/9 aku dapat balik yang dah semak. Banyaklah jugak yang nak kena perbaik. Ok..aku perbaik, dan hantaq sekali lagi. Petang 30/9 minit masuk bilik boss sekali lagi.
Hari Khamis..kira last working day of the week,aku dapat balik, ada 3 perkataan yang kena tukar lagi. Ades..ni dah Khamis, esok Jumaat cuti. Next week hari Ahad, mesyuarat waktu pagi. waktu mana aku nak buat salinan untuk ahli mesyuarat? Boss takdak hari ni. Nampaknya pagi Ahad tu baru nak buat salinan, nak stapler dan hantar kat ahli mesorat.Sekali lagi..aku mencik kerja last minit!!!
Aku mula rasa nak marah. Kenapa semalam lepas boss check tak terus pass dekat aku. Ingat kerja aku naik turun tangga duk check minit tu ja ka? Awat aku takdak kerja lain ka? Sakitnya jiwaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!! Tuhan saja yang tahu!
So,kesimpulan..lepas nih jangan marah kalau aku lewat masuk meeting.. Bukan kepakaran aku untuk amik minit. Lainlah berkait ngan aku. Bukan nak eksen tapi aku memang BODOH bab amik minit nih. Ada paham ka kici? Memang BODOH! okay!
p/s Sapa nak terasa sila angkat kaki. Kalau rasa kerja kita, tolong2lah. Jangan seronok pass kerja dekat orang ja, tak berkat gaji bulan2 kita makan. Kalau rasa duk rajin mengelat dengan tanggungjawab peribadi time kerja, bawak2lah balik lambat, selesaikan kerja yang tertunggak. Lantaklah orang tak nampak, Allah nampak. Rezeki dia bagi, kadang2 kita tak sangka. Tak sedekah dengan duit, sedekah guna tenaga. Tak dak rugi apa2.. Jangan asyik komplen ja. Nu takdan, ni tak sempat, habih asyik duk komplen, mana nak sempat. Dah tak kena batang idung sendiri senanglah nak taip, ya dak? Pasai dah kena banyak kali dah ni, tu yang kata. Kalau ikut kedekut, dah banyak kerja sendiri yang settle. Tapi keja ngan orang nih terima ja, tapi kadang2 dah tak boleh sgt nak buat, tolak juga...
...Wanita yang tak mau penin...