05 October 2009

Apa aku buat di petang ini?

Aku menangis..bila membaca sorotan kisah tentang kehilangan Amir Yusof. Ku soroti segala coretan ayahnya tentang kehilangan mereka. Gambar2 sepanjang pengkebumiannya.. dan juga coretan ini.

Airmata aku turut tumpah sekalipun tiada pertalian saudara antara aku dan dia kecuali seagama. Mungkin hati aku tersentuh bila membayangkan anakku yang telah berusia 11 bulan itu. Jika Amir Yusuf masih hidup, usianya hampir sebaya dengan Aiman Hakim. Malah jika dikira kelas, mereka akan jadi sekelas. Amir Yusuf lahir lebih awal (27/06/08) tetapi dijemput lebih awal (06/03/09). Aku terlepas mendoakan kesejahteraan anak ini dari mula. Hanya mampu memohon agar dia sentiasa diulit bidadari di syurga di kala ini.

Al Fatihah buat arwah dan semoga ibu, ayah dan kakaknya terus tabah membilang rindu..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker