(Entry ala2 novel gitu...)
Aku dikejutkan oleh suami jam 6 pagi. Kesan menonton Air Force One semalam, membuatkan aku kembali lelap. Setengah jam kemudian aku dikejutkan sekali lagi dengan ayat "Nanti awak kelam kabut".
Maka bangunlah aku terpisat2. Aku memeriksa bekalan susu Aiman yang aku turunkan dari peti sejukbeku semalam. Masih beku. Aku keluarkan dan terus mandi.
Hujan mencurah-curah diluar sebaik saja aku menyudahkan mandianku. Aiman sudah berada dalam dukungan suami. Awalnya dia bangun. Aku tinggalkan Aiman sendirian sewaktu mengerjakan solat. Rupanya pandai saja dia mengesan aku, jadilah dia peneman aku sepanjang solat.
Selesai segala urusan didalam rumah, aku memandu keretaku bertemankan Aiman. Amir awal-awal lagi sudah keluar dengan ayahnya. Hujan semakin lebat. Aku tinggalkan Aiman dirumah pengasuhnya.
Aku memandu agak laju memandangkan masa tinggal lebih kurang 20 minit untuk aku punch card. Tiba di persimpangan pertama aku masih berada dalam lingkungan kereta ke-15 sebelum melepasi lampu trafik. Sebaik sahaja lampu bertukar hijau, aku menggunakan lane bertentangan untuk memotong barisan. Alangkah bersopannya aku!
Dengan kelajuan 90km/j, aku tiba ke persimpangan kedua. Hati aku membuatkan keputusan untuk terus menggunakan jalan itu daripada membelok ke Jalan Cinta Sayang. Sebaik lampu trafik bertukar hijau, aku kembali berkejaran. Mujurlah kereta di hadapanku juga turut berkelajuan sama. Aku berjaya sampai dalam masa 16 minit.
Masuk sahaja ke bilikku, aku tanamkan niat, hari ini aku nak update data peralatann di bawah pengawasan aku. Pemantauan 11hb ni. Aku nak perah susu banyak2 sebab stok dah tinggal 7aun.
Sekian kisah pagi ini...