Pepagi, dari parking aku mengendeng sebiji beg di bahu dan sebuah beg bakul di tangan. Seorang staf menegur, banyak bawak bekal.. aku akan senyum..
Petang..selapas waktu kerja.. aku mengendeng pulak 2 biji beg di bahuku dan sebiji beg di tanganku. Seorang staf menegur..banyaknya barang..bawak apa tu? Aku masih senyum..
Seorang lagi staf menegur. Nih bawak balik apa ni? Macam 2 hari tak balik.. Aku berikan senyuman terbaik...
Selalu staf2 di sini menegur aku membawa barang terlalu banyak. Tapi bagi aku, orang2 ini tidak tahu hal aku. Malas nak terangkan, aku selalunya senyum saja..
So, hari ni nak cerita perihal beg kerja aku.
Inilah beg2 wajib yang aku bawa setiap hari. Air tu kira tambahan ja. Selalunya 2 bekas air untuk cukupkan 2 liter.
Beg hitam tu my lappy. Lappy nih untuk melayan blog, FB dan segala bagai. PC opis untuk web dan mail opis jerk.. Beg merah tu cooler bag. Dalam tu ada 1 chiller dan 3 botol susu pigeon 5oz. Ok..meh tengok dalamnya pulak..
Beg kelabu tu, pam medela swing. tiap hari bawa balik sebab kat rumah ada pam yang menyakitkan. jadi medela tetap diusung kemana saja.
Botol air tu cukup untuk 1 liter. Yang nampak brown tu my purse. Aku memang takde handbag. entahlah bila tahun nak beli. malas nak memilih..boleh tak alasan tu? tapi satu hari nanti akan ku beli jua...hahaha
Yang bergantungan tu kunci opis aku. Yang dalam beg tu kunci kereta. Yang nampak pink tu, pemotong kuku..hahaha.. tak sempat potong di rumah. Jadi bawak ke pejabat. Aku cukup pantang kuku panjang. mesti gatal nak menggaru. lagipun tak lawalah kuku panjang. nak makan pun tak lalu... camner orang boleh simpan kuku panjang2 ek.. tak rasa loya tekak ke? isk.. ok dah lari tajuk..
Dalam tupperware tu botol medela ngan corong pam. Ada bil2 yang boleh bayar dengan maybank2u. buat bayaran online kat opis. laju sikit..
nampak botol putih yang dua tu? satu botol multivitamin. satu lagi botol susu pegeon tambahan. kalau2 terlebih rajin, pam sampai 4 kali dalam waktu kerja dan mampu capai hingga 20 oz..hahaha..angan2 yang berwawasan..
ok..itu sahaja ceritanya. kan panjang tu. kalau orang tanya..lama nak jawab soalan depa kan? nak terang satu2... jadi senyum je lah.. :)