29 October 2009

Aiman disuntik..

Semalam, mengikut jadual Aiman disuntik. Maka,emaknya dengan gigihnya memohon keluar pejabat dan balik ambik Aiman.

Pukul 3 sampai klinik. Owh, dalam proses pengubahsuaian. So,ubah parking, Gedebuk,gedebak dah sengah jam. Masuk klinik.

Timbang dah 8.9kg. Naik 800gram dalam masa sebulan. owh..sihat anak mak.. Then g bahagian check baby. Nih aku mula tak puas hati..

Nama nurse tu N*r *dila. Aku memang duk mark nurse nih dari 1st check kat klinik, masa lepas bersalin Aiman ritu lagi. Servis out nak mampus! Janji nak mai check kat rumah pun tak sampai2. Pastu suka marah patient. Marah benda2 yang tak logik. Macam ngan dia tu doktor. Geram! ok..back to topic...

Biasanya nurse akan tanya, baby sihat ke. Dah boleh buat apa. Minum susu apa. Dah makan apa. Tu semua bagi aku biasalah. Standard klinik kerajaan, tak check baby pun, tengok ngan mata kasar ja. Pastu tulis kat kad berjela2. Aku tak kisah sangat. Tapi nurse ni cuma tanya, baby minum susu apa. tu jer soalannya. pastu hulur ubat demam jer. Dan bagitau next month mai makan ubat cacing. Kut nak bagitau hari nih kena cucuk ke..Hampeh!

Yang aku paling geram. Nurse cipan tu tanya aku, dah buat ujian PAP SMEAR? Aku jawab belum (lupa maa..dah buat sebelum bersalin Aiman ritu). Dia mula marah2. Bila nak buat? Bila last period? Aku pun g tau.. Ha, eloklah tu.. nak tunggu bila lagi. Dalam hati aku.. Wajib ke ujian nih? Kalau wajib pun, suka hatilah aku punya badan. Ko ape sibuk..Geram! geram! Macam nih ke perkhidmatan yang dibagi? Dahlah berkait ngan pesakit. Huh!

Pas selesai dia terus hulur kad dan aku terus bangun. Malas nak ucap terima kasih. Lantak engko ler.. Nak terima kasih camana kalau dah marah2 aku. Takkan terima kasih sebab marah kat aku kot?

Pergi kat bilik suntik tu, kejap jer Aiman menangis, keluar bilik terus ok.. Anak mak nih kuat nih.. ehehehe..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers