07 October 2009

Terlalu bermanja..

Toet..toet.. telefon di bilik aku berbunyi.

"Hello" aku menyapa si pemanggil.
"Hakila, internet ok ke hari nih?" tanpa mengenalkan dirinya, soalan terus disampaikan.
"Internaet? Yang mana satu? Yang M### ke?"
(Kat pejabat aku ada 2 line, Streamyx dan lease line. Tapi kalau aku bagitau 2 pilihan tu, kompom tercengang)

"Line kat pejabat ni. Kat tempat akak ni tak dapat, keluar apa ntah"
"Tak dapat?" Aku ulang nada dia dengan konpius.
(Sebenarnya aku tengah track sapalah yang call aku ni.Nak tanya, segan plak. Kang dia rasa tak cukup glamer plak.)

"Ha..a.. Dia keluar the web cannot be reached. Please bla..bla.."
(La..kes proxy block jer.)

"Akak cuba masukkan alamat lain"
"Alamat lain? Jap ek" walaupun macam konpius tapi aku boleh agak dia tengah try.
"Ha.a..boleh"
Aku tak ingat dia ucap terima kasih ke tak dan terus letak phone.

Moral of the story..

Sekalipun suara anda sehebat Adibah Noor sekalipun, biasakan perkenalkan diri. Terkadang kita selsema, suara dah lain. Okeh.. Bukan susah pun..
" Hakila, nih Adibah Noor ni" contoh..

Lagi satu,kalau ada masalah berkait dengan komputer, kreatifkan diri. Kalau setakat bukak i.e, web tak dapat dicapai. Gunalah web lain. Mungkin alamat web tu kena block. Kalau bukak 1 web tu pastu tak dapatlink ke mana2 dari web tu, cuba juga guna web lain. Mungkin web tu bermasalah. Mungkin juga talian bermasalah.

Kalau tetiba datang kerja, pc takboleh on. Cuba tukar punca kuasa dia. Mungkin semalam cik Siti Kus dah buatkerja sampai rosak sumber kuasa tu.

Jangan harap orang IT datang duk sebelah, semata untuk untuk taip web address yang lain atau semasa untuk try and error tukaq soket sana sini.

Walaupun orang IT duk diam dalam bilik bukan bermakna takde keje!

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers