27 January 2010

Berkawan Berpada-pada...

Semua orang ingin mempunyai sahabat akrab. Akrab bukan lagi rapat malah makan sepinggan, tidur sebantal, duduk sekerusi malah kalau boleh mimpi pun hendakkan yang sama. Supaya bila bangun nanti boleh sama2 bercerita.



Saya juga penah mengimpikan yang sama. Semasa zaman muda remaja. Saya selalu berangan punya teman yang sangat rapat, sehingga boleh berkongsi segalanya. Bila ada yang menghulur tangan, saya menolak. Eksen kan saya? Masa itu saya menjadi terlalu pemilih. Kasihan kawan saya...



Selepas zaman remaja, saya mula berdikari. Masih mengharap adanya teman akrab. Tetapi sehinggalah satu tempoh, saya mula sedar. Rupa2nya selama ini, saya telah punya teman akrab tetapi saya masih mengharap yang lain. Teman akrab saya sentiasa sudi menemani saya, menangis dan gembira bersama saya, malah satu mimpi dengan saya. Teman rapat saya adalah diri saya sendiri..

Sebenarnya kita semua juga begitu. Kita boleh mempunyai teman, sahabat, kawan, klik dan segala istilah yang menjurus kepada perkara yang sama iaitu teman akrab.



Tetapi, pernahkah kita fikir? Benarkah segala rahsia yang kita kongsi bersamanya disimpan rapi? Benarkah tiada sedikit pun kata perbuatan kita yang mengguris hatinya, dimaaf tanpa luahan? Benarkah segala perbuatan dan tingkahlaku kita diterima seadanya? Dan segala kecurigaan lain yang kadangkala tak terjangkau dek pemikiran..

Sebagaimana kata seorang rakan saya dulu, "Don't trust anybody!". (Where are you Mary? missed our friendship!).



Benarkah? Jangan percayakan sesiapa pun? Bagi saya benar. Kala hati suka, segala benda indah belaka. Semua rahsia cantik terjaga. Tetapi umpama sekam, sekali terbakar, makan dalam. Tengok diluar elok menguning, cuba dilanggar, diri terbakar. Bukan tidak berani bermain api, tetapi berpada-padalah. Sehebat manapun sebuah persahabatan, kita masih perlukan batasan.

"Anak dagang dirantau orang
Biar pandai membawa diri
Jaga tutur kata
Kata orang jangan dibantah
Fikir dahulu sebelum berkata
Biar merendah.."

~~Sebenarnya post ini secara khususnya ditujukan kepada seseorang rakan sekapal dengan saya. Sudah lama saya menyimpan dan memikir cara terbaik untuk menasihati persahabatannya dengan 'klik'. Saya terhidu bau yang tidak segar secara tiba2 di sebuah laman sosial. Sendiri tertanya2 sejauh mana keikhlasan mereka.. Menyimpan rasa untuk menasihat tetapi tidak tahu dimana harus bermula. Takut juga jika dikata menjadi batu berapi tiada hala. Tiada nasihat diluahkan sekadar harapan agar suatu hari rakan sekapal saya terbaca post saya kali ini. Berpada2 ya sayang, takut nanti memakan diri..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers