Lamanya tak masuk blog nih. Rindu tak terkata. Tapi masa lapang memang takde langsung. Bz le sangat ek.. hehehe.. Hari nih memang dah niat nak jugak update.. maka jadilah kisah merong mahawangsa..panjang berjela2..
Sangat sibuk sejak minggu lepas. Menyusun anak2 sebab kena berkursus di hari minggu. No rest. Working 7 day per week.. Arghhh.. No tension. I'm still working till today. Tak ambik cuti sehari pun lagi.. Walaupun kadang2 tenaga seolah2 hilang. Dan kadang kala aku tertidur kat meja kerja..
Tiada yang terlalu menarik untuk dicerita sepanjang kursus. Saya tidak sihat pada hari kedua. Entah angin mana menyerang sampai sakit kepala. Dan hari ketiga iaitu hari terakhir saya muntah selepas habis program. Sangat rugi nak makan lauk sedap kat sana untuk kali terakhir bagi kursus kali ini. Thumb ups untuk tukang masak kat Hotel Akademi MARA. Sangat sedap sehinga teringat2. Oh ya.. depa ada restoran kat Mergong. Nama Restoran Bonda. Tentu sesedap masakan kat hotel tu kan.. Jom kita try..jom!
Kalau berkursus lagi di sana belum tentu dapat rasa yang sama sebab di sana cateringnya secara panel. 3 weeks per panel. so kalau tak dapat ttauke yang sama mungkin rasa akan berbeza.
Ada kisah sedih pada 2 hari lepas. Apapun telah diselesaikan dengan baik. Kata persetujuan telah dibuat. Terima kasih Ya Allah, kau buka pintu hati boss untuk menolong hambaMu ini. Terima kasih jugak buat boss yang baik. Selama ini saya sangat tidak berani berterus terang dengan boss. Kali ini hati memang berat tapi demi masa depan saya gagahkan kaki melangkah meminta dari boss. Malu dan sayu bersatu. Saya pun tidak menyangka menjadi terlalu emo sehingga menitis airmata. Terlalu sedih bila mengenangkan sejarah lama di tempat kerja lama saya berulang di sini. Maafkan saya boss. Ada hikmahnya bila jadi sebegitu. Saya mula memahami kehendak boss. Terima kasih jugak buat my lovely hubby. Sangat memahami. Ketahuilah sayang.. kata2mu membuat saya menguatkan diri berjumpa boss dan berbincang. U are the best! (saya tahu dia akan baca blog saya.)
Hari ini saya melawat seluruh kawasan tempat kerja saya. Mengambil gambar2 untuk diisi dalam laman web pejabat. Saya suka! Walaupun penat dan panas. Nampaknya hobi saya mula terarah ke fotografi.. Owh.. Modalnya besar ya.. Angan2 tetap ada..
Semalam, Amir diambil oleh ayahnya. Cikgu bercerita tentang Amir yang telah berubah. Mula pandai menjawab dan melawan kata. Di hati saya sangat gundah. Pagi ini, sepanjang jalan saya nasihatkan dia. Silap kami perlu diperbaiki. Maafkan kami ya Amir.. Emak dan ayah akan berubah...
Jam dah menjejak angka 5. Saya perlu pulang.. Apa perancangan untuk menyambut Birthday Amir ya?