28 November 2010

Hati tak keruan

Si kecik Aiman demam..

Dah masuk hari ke 3 hari ni. Hari Jumaat dah bawa pergi klinik. Doktor dah bagi ubat tapi kali ni, Aiman langsung tak nak makan ubat. Adeh..puas paksa..Siap muntah-muntah.

Semalam, hari kedua. Terpaksa bawa dia ikut tengok Mini Konvo Amir. Dalam panas2 suam tu, bertahan jugak Aiman dalam ekon tapi dalam pukul 11, dia dah mula panas balik. Iyelah..kita yang tua nih pun kalau demam taknak duduk dalam ekon. Inikan budak pulak baru 2 tahun tu..

Malam semalam, rasa badan dia makin panas.. Nak tak nak, jolok ubat punggong. Itupun ambik masa nak surut. Hai susahnya hati... Tido pun tak menentu, asyik terjaga tengok dia..

Pagi nih tinggalkan Aiman dengan ayahnya. Malas nak tinggalkan dengan pengasuh (ops..ada kisah jugak pengasuh nih, i will story morry later..). Jadinya hati sepanjang hari teringatkan depa. Macamanalah kat rumah agaknya..

Lagipun, sesaja nak tinggalkan dengan ayahnyer.. Bila lagi nak ambik peluang ayah jaga kan anak.. ye dak? hehhehe..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers