29 November 2010

Laser..

Semalam ada seorang insan berhati baik belanja orang2 di bahagian pentadbiran makan KFC. Saya yang tersisih jauh di tingkat atas juga dijemput. Makanya adat saya, saya akan turun lewat, biarlah tuan rumah makan dulu, saya ambik yang baki pun tak kisah.. Kalau dah habih pun lagilah tak kisah.

Bila turun, adik-adik pun hulurlah bungkusan kepada saya, ada seketul ayam dengan sebiji roti. Adik manis nih kata ambiklah lagi kalau nak tambah. Ada lagi lebih dalam kotak. Saya buka bungkusan, bukan apa.. saya suka drumstick, so saya cari drumstick. Ada drumstick dalam kotak, saya bukak bungkusan saya, keluarkan ayam dalam bungkusan tu dan ambil drumstick dalam kotak, masuk dalam bungkusan saya. Saya tanya akak manis sebelah tu pulak.. ada sos tomato tak.. katanya sos dah habis.. ok takpalah.. tak kisah sangat..ok..end of story for semalam..

Hari ni ada satu jamuan perpisahan untuk insan baik hati yang belanja semalam. Waktu orang lain tengah makan @ ambik makanan, adalah insan bermulut sangat baik ini.. alkisahnya..

Saya tak ingat macamana boleh mula dialog ni tapi tiba2.. insan mulut baik ni keluarkan ayat dengan kuatnya, "dahlah semalam ambik ayam dua" ayat dituju kepada saya.

"Aik, mana ada, ambik satu ja, tak dak lebih pun, sama ja ngan orang lain.." saya cuba membela diri. Saya terasa sedih. Tertanya-tanya juga, apalah salah saya.. sampai keluarkan ayat macam tu sedangkan sepanjang mengandung ni saya langsung tak heran dengan ayam. Lagi cemuih alias meluat adalah tengok ayam.. Yang insan mulut baik tu pun satu, kalau ko rasa orang lain ambik lebih dari ko, ambik jelah..bagi sama. Dan kalau ko rasa saya betul ambik lebih, datanglah tengok..jangan terus tuduh..

Saya bercerita kisah sedih ini dengan seorang insan penyimpan rahsia kukuh. Ayat yang keluar dari mulut dia, "aik, KFC pun nak kisah ke.. Kan kita selalu makan waktu orang lain tak mampu nak makan.." terus saya ketawa terbahak-bahak. Riak betul kawan aku sorang nih.. Ayat saya pulak"Ha..a..lah.. Kan kita selalu dah makan ayam KFC, apalah sangat setakat seketul tu."

Maaf ya insan berhati baik, saya bukan mempermainkan belanja encik insan tetapi hati saya sedih bila dikatakan saya ambik lebih dari orang lain. kalau betul saya buat, tak apalah, ini tidak..itu yang rasa sedih tu.. dah tu, kisah ambik lebih ini akan berlarutan sampai ke telinga orang lain.. Percayalah.. So sad...

For insan mulut baik... For Your Info.. Sekalipun saya mengandung 7 bulan..saya bukanlah kemaruk nak harta orang. Kalau saya teringin sangat2, saya cari sendiri. Sebagaimana saya teringin tapai..ada saya mintak kat orang? Ada saya suruh orang belikan? Malah suami saya pun saya tak suruh carikan.. Saya pergi cari sendiri..lepas 5 hari baru saya jumpa tapai tu..malah saya beli 5 set.. Saya ulang..saya pergi cari sendiri! Okay!

Jangan sededap hati menuduh.. semak dulu betul ke apa yang terlintas dalam fikiran tu. Syaitan selalu berbisik, menggoda umat Muhammad agar berpecah belah.. Lidah adalah senjata paling tajam, jangan kerana mulut yang baik itu, badan pulak yang binasa. Fikir dulu sebelum berkata.. Bila orang dah tak suka, susah orang nak tolong kita. Hari ni memang kita boleh buat semua benda... tapi setakat ni rasanya dah banyak kali dah diminta pertolongan oleh Puan mulut baik ni.. hmmm.. masa susah nanti kita tak tahu bila..masa tulah baru insan yang dikata ni ada paling hampir untuk membantu.. Fikir dan renungkanlah..

Moral of the story.. kita semua boleh ambik iktibar.. yang penting fikir dulu sebelum berkata..

~~Ops..makcik emo nak..kena tuduh ambik ayam lebih.. ayam? uuweeeekkkk..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers