Post kali ni untuk insan bergelar lelaki..
Lelaki.. sambil duduk2 di kerusi rehat didalam sebuah pasaraya dengan tangan si isteri didalam genggaman, melintas seorang amoi berskirt sendat, bersinglet ketat. Mata tidak lepas memandang. sehingga si amoi hilang dibalik tiang kedai.
Berjalan beriringan dengan si isteri, tiba di parkir, terdengar bualan kosong dari sisi, terus lelaki berpaling, terlihat 3 remaja perempuan, berjeans sendat dengan baju singkat mendedah belahan atasnya. Mata mengiring 3 remaja hingga hilang di telan pintu pasaraya.
Sedang asyik memandu kereta, lampu merah memainkan peranannya. Berhenti di hadapan para pelintas jalan, terlihat si dara berkebaya; kain sembat terdedah bahagian pehanya, bila angin petang memainkan peranannya. Mata memandang hingga lampu bertukar ke hijau.. Isteri disebelah menepuk lembut bahu suami, baru tersedar rupanya berada dalam kereta.
Sampai dirumah, lelaki mengangkat barang, isteri membantu sekadar termampu. Isteri menyingsing lengan baju yang tidak sempat bertukar, terus mula memasak. Tudung disangkut dimana sempat, takut terlambat sediakan makan malam. Lelah berjalan-jalan dipasaraya dilupakan sementara.
Lelaki tadi duduk2 membaca akhbar sambil menonton. Selesai akhbar dibelek majalah pula. sesekali hati teringat si amoi, si remaja dan si kebaya. Hati memasang angan, sambil mata beralih memandang isteri yang semakin membesar badannya kerana membawa anak ketiga dalam kandungan. "Kalaulah amoi tadi tu isteri aku.. Kalaulah si kebaya tu isteri aku..kalaulah..." angan-angan terus-terus di susun sebaik mungkin..
"Ini airnya bang" isteri terkial-kial meletak secawan air di atas meja di hadapan suami. Terbang angan-angan si lelaki. Mulut terkunci. Mata merenung sejenak sang isteri.. Kalaulah isteri aku nih macam si amoi tadi..kan cantik.. Kalaulah kulit isteri aku macam si kebaya tadi..kan lawa..kalaulah badan isteri aku slim macam remaja tadi..kan best.. boleh aku dukung-dukung, lambung-lambung..
"Abang, nak tanya sikit boleh?" si isteri memecah suasana sepi.
"Kenapa?" dalam hati ; nih mesti nak mintak apa-apa nih..
"Erm, Timah teringin nak try set bersalin Sedayan Tinggi. Nampak iklan dia macam best ja. Boleh kita kongsi tak?"
"Hish..berapa ringgit pulak tu?" Suami kurang senang..
"Hari tu tanya kat Tesci tu dalam 300 lebih. Boleh ye bang?"
"Ish..mahal tu..cari yang murah2 sudahlah.."
Si isteri terdiam..
"Hah, bonus nih kita kongsi beli barang si Azlan tu, Tahun depan dia dah nak mula sekolah" sambung si suami.
"Bonus saya, saya nak beli pam susu. Nak bagi baby minum susu badan" jawab si isteri.
"La..hari tu dah beli.. Dah tak boleh pakai ke?"
"Hari tu pam satu, ni nak cari yang dua sekali. Senang sikit. Jimat pun jimat"jawab si isteri lagi.
"Ish..awak nih..tak habih-habih dengan pam susu"
"Iyelah.. yang lebih-lebih tu nak beli barang baby lagi"si suami terus diam. Isteri terus bangun berlalu. Menyiapkan si anak yang mahukan makan malam..
Lelaki.. usahlah mengangankan isterimu seperti si amoi jika tangan berat menghulur yang di dalam sakumu.. Kerana untuk kekal cantik bukanlah dengan hanya menelan lelah di dapur..
Lelaki.. usahlah mengangankan isterimu berkulit seperti si kebaya jika pilihan si isteri dengan barangannya tidak kamu setujui, kerana untuk cantik kan kulit bukanlah dengan terbakar panas di dalam dapur..
Lelaki.. usahlah mengharapkan tubuh isterimu seperti si remaja jika semua kerja di rumah diletak atas pundak isterimu. Bayangkan waktu-waktunya dengan segala urusan kamu yang dialih tanggungjawabnya sehinggakan waktu tidurnya juga di usik olehmu. Dimana hak isteri ke atas dirinya sendiri?
Usahlah mengangankan yang terbaik jika diri kamu kedekutkan wang sakumu..
Fikir-fikirkan dan renung..apa yang telah kamu lakukan untuk menyenangkan isteri kamu dan apakah yang isteri kamu telah lakukan untuk menyenangkan kamu dan anak-anakmu hari ini. Bagaimana jika suatu hari nanti, isterimu tiada. Tertanggungkah kamu dengan segala tanggungjawab yang dilakukan isterimu..?