05 December 2010

Spek mata..

Sekarang kalau kita sembang ngan kenkawan, kita dah jarang gunakan 2 perkataan ni bersama-sama kan? Habih sangat kita sebut spek ja..jarang kita sebut spek mata..

Okey..nih bukan nak cerita pasal Bahasa Melayu yang kita selalu ubahsuai tapi nak cerita pasai spek mata makcik ni lah kan..

Malam Sabtu (kalau saya, panggil Jumaat malam sebab siang tu hari Jumaat, jadi malam tu ialah malam kepada hari tu.. konpiuskah saya?), saya tanggalkan spek untuk lap muka saya yang basah selepas dibasuh sebelum tidur. Pek..patahlah sudah.. Sebelah dari tangkai spek saya sudah patah setelah hampir setahun di 'kepak' oleh Aiman.. Makanya, terkial-kiallah saya mencari spek saya yang lama untuk diganti tangkainya dengan yang sedia ada.. Mujur ada lagi dan bolehlah masuk tangkai tu..Lega..tapi tetap terbayang2 duit yang bakal terbang untuk buat spek baru nanti..

Sebenarnya dah bincang dengan en suami nak pinjam duit bonus MLM, dan nak bayar balik ansuran (dan semestinya tanpa bunga berbanding menggunakan kredit kad saya). Saya sangat susah nak meminta en suami bayarkan untuk saya tambahan pula kalau saya tahu harga barang tersebut mungkin akan menyamai harga hadiah hari ulangtahun perkahwinan ke 7 kami yang lalu..Lembutkan hati saya?


Tanpa diteman sesiapa, waktu rehat tadi saya telah ke Focus Point (paling dekat dan mudah untuk sampai). Setelah mencuba-cuba hampir sedozen frame spek. saya memilih jenama B*N**. walaupun serasa gayat ja dalam hati.. Takpalah..harap-harap kali tahan lebih lama..

Setelah test power,test guna spek depa dan segala bagai, tibalah masa untuk kira harga penuh. Jumlahnya RM 800.00. Owh.. harga sekarang, kata saya dalam hati.. Saya hanya bayar separuh dulu..

Teringat suatu masa dulu, masa tu umur saya 14 tahun. Ditemani emak, saya ke kedai spek. Saya mula pakai spek semasa tingkatan 2 lagi. Sekali buat spek harganya dalam RM 200.00. Itupun sudah dikira mahal. Macamanalah kalau emak saya masih ada dan menemani saya untuk buat spek mata pada tahun 2010 ni? Tentu dia akan terkejut kan?


p/s at last..jenama B*N** itu saya cancel sebab ada lagi 1 frame yang comel pada pandangan saya dan harganya melebihi en B tadi..owh.. takpalah 5 tahun sekali buat spek..Ha?

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers