14 December 2010

Kisah gula-gula untuk anak-anak..

Adakah kenkawan suka membeli gula-gula untuk anak-anak kalian? Sukakah mereka dengan pemberian kita?

Saya sangat tidak suka berbuat demikian. Sebab kalau saya belikan untuk anak-anak saya, akhirnya En Tong Sam Pah yang akan menerima gula-gula tersebut. Makanlah jugak sebijik dua.. pastu takmo dah.. oh alangkah kerugiannya akan duit saya yang sekupang dua itu.. Makanya saya tidaklah mengamalkan pembelian gula-gula tersebut. Kalau nak belipun, saya belikan anak-anak saya coklat bar ataupun choclairs ataupun coklat bar yang kecik2, bungkus satu-satu letak dalam bekas plastik (cadbury).




Itupun puaslah En Peti Sejuk saya tolong simpankan sampai keras kejung. Setidak-tidaknya kalau dah tak dimakan dek anak-anak saya boleh habiskan..Hehehe..

Apa yang saya nak sentuh sebenarnya kes pemberian gula-gula oleh orang lain kepada anak-anak kita. Saya juga tidak suka. Tetapi terpaksa terima. Ada 1 klinik kat sini yang suka bagi gula-gula kepada kanak-kanak yang datang ke klinik dia. Memang satu tarikan tapi saya tak setuju dengan cara itu. Banyak lagi tarikan, contohnya bagi mainan yang boleh dikongsi (bukan untuk dibawa balik). Buat mini playground dalam klinik ke.. Kan ke lebih baik..

Samalah kes dengan jiran tetangga. Usahlah bagi gula-gula. Bagi jer biskut..4 segi pun saya tak kisah.. asalkan bukan gula2..

Akhirnya, gula-gula yang diterima anak-anak, saya akan kumpul dan bawa ke pejabat. Ubat mengantuk kenkawan di pejabat saya..

*Psstt..Amir bengkak matanya ditumbuk kawan (katanya). Baru di tadika dah kena tumbuk..Kejap lagi nak bawa dia g klinik.


Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker