14 Dis 2010...
Lamanya saya simpan kisah ni.. Pertama kali kami berjanji temu selepas saya berkahwin.
Sejak pagi saya telah ingatkan pasangan saya, nanti saya akan ambil dia dalam jam 10.30 pagi. Kita ber'dating' ya. Seronoknya pasangan saya tidak terkira kerana pertama kali nak bertemu janji tanpa gangguan orang lain.
Habiskan masa separuh hari, dari klinik ke pasaraya membeli keperluan semasa. Kemudian bersambung makan tengahari bersama. Seperti pasangan baru bertemu lagaknya..
Semasa hendak menghantar si 'dia', saya sempat bertanya. "Seronok tak hari ni?"
Jawapan pasangan saya " Seronoklah mak. Bukan selalu dapat jalan-jalan sambil makan ngan mak. Ni pertama kali Amir keluar berdua ngan mak saja. Nanti kita keluar lagi ya.."
Terpancar keceriaan di wajahnya. Terharu mendengar jawapannya. Anak ini makin matang. Semakin banyak belajar dengan persekitarannya.. Semoga dia terus berjaya..
psstt.. Pertama kali saya keluar berdua sahaja dengan Amir. Semenjak dia ada adik saya tidak berpeluang berjanji temu begini.. Seronok bagi si anak..berganda seronoknya bagi si emak..:))