01 January 2011

Selamat Tahun Baru.. 2011.

Bersiaran langsung dari meja penulis..hahaha..

Tiada apa azam untuk tahun nih. Biarlah yang bertangguh tahun lepas menjadi dulu. Topup jugaklah sikit2 tapi takyah war-warlah kan..sebab tak perlu pun tunggu tahun baru untuk berazam..

Tahun yang penuh debaran dah bermula..
Amir mulakan sesi persekolahannya. dah darjah 1 dah budak besar nih.. Very excited..siap merajuk masa pendaftaran sebab cikgu kata balik dulu.. next week baru mula kelas. Dia dah nak belajar..

Baby ke 3, menanti kelahirannya dalam bulan Januari ini. Debarnya melebihi yang lain. Entahlah..Mungkin kali ni sebab nak jaga diri sendiri kot. Jadinya debarnya lain sikit. Dah tu bersalin pun jauh dari kampung, memang rasa lain.. Semoga semuanya akan selamat..

Harap-harap kali ni proses menyusu badan sepenuhnya baby ke 3 akan berjaya. Segala persiapan dah dibuat. Harap dapatlah buat stok secukupnya sebelum mula kerja.. (Owh..ni ada hutang entry ni).

Walaupun dah baby ke 3, saya masih mencari gali ilmu bersalin dan menyusu. Banyak yang perlu disimpan dalam diri ni..

Apapun semoga 2011 menjanji perubahan yang positif kepada saya dan anda semua.. Selamat tahun baru..

psstt..tak sabar nak bercuti 90 hari..ekeke..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker