Si emak semalam kena cirit birit dan si anak sulong sejak minggu lepas kena chicken pox.
Maka bercutilah si emak sehingga esok. Anak? Dah diberitahu minggu depan baru dia nak masuk sekolah. Malu diejek kenkawan. Ikut sukalah sayang. Kelas pun belum betul2 mula belajar lagi.
Si ayah pun dah mula merungut-rungut rasa seram-seram sejuk macam nak demam. Janganlah dijangkit virus chicken pox tu.. Si ayah dah pernah kena, si adik jer belum. Maknya? entah.. Arwah mak saya lupa saya dah pernah kena ke belum..
Kisah kawan tikam kawan dah selalu kita dengar. Kali ini kami pula terasa bahangnya. Bisnes kecil2 yang kami kenalkan kepada seorang kawan telah dipancung habis-habisan. Saya tahu remuknya hati en hubby. Tapi dia tetap sejuk (cool). Balasan Allah tetap ada. Kami masih menanti penghujung kisah ini.
Psst..Lupakah bahawa manusia dipegang pada janjinya? Atau mereka sanggup menjadi lembu yang perlu dipegang talinya?