17 October 2011

Tak suka..tak suka..

Assalamua'laikum...Dear diary..

Adeh! Penat...

Rasa macam dah banyak hari uruskan anak-anak. Macamanalah ye orang yang menguruskan anak bersendirian atau suami isteri yang PJJ. Malah aku pernah baca kat Majalah Wanita, suami urus anak full time sebab isteri kerja di KL. Respect beb! Memang tabik spring..

Hari nih, mulanya nak uruskan semua urusan waktu rehat ja. Tapi teringat pulak Bank dah warning kad kredit dekat nak due. So, on the spot isi borang keluar. Bawak list NTD (read:need to do) yang aku dah buat pagi tadi. Hampeh! Orang masuk kerja buat NTD untuk kerja, aku buat untuk peribadi. Macamana nak dapat APC (read: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)?

First, ambik baju kat dobi. Terus amik Amir kat sekolah, bawak g kedai barang kek kat Kedai Sayang. Pastu gi ambik stok santan (aku dealer jual santan sawit ye. Sapa nak order? Angkat tangan). Hantar Amir kat transit. G Maybank dan call Encik Hubby. Dia tanya ok ke baju dia, aku dah gantung baju2 semua kat belakang. Adalah rupa macam bini lari dari rumah kereta aku tu, bila digantung2 segala baju. Dah jawab baju dia ok, dia tanya pulak baju korporat aku. Ok ka.

Sambil berpaling, hulur tangan tengok baju korporat aku. Alamak! Teruknya! Lagi teruk daripada masa hantar! Frustnya..menonggeng nonggeng. Sib baik kat sit driver tu muat untuk aku ja, kalau luas macam bas, aku dah berguling-guling dah.

Rasa semua penat tu mai kat aku dan penuh di dada. Sebu semacam. Adeh! Ni yang tak suka ni. Habis bercakap ngan si dia tu, aku g balik kat kedai. Sebenarnya aku paling tak suka nak komplen. Paling tak suka komplen pasal tak puas hati. Bukan tak nak sedarkan orang tapi aku boleh rasa macammana rasanya dikomplen. Tambah kalau kena marah2. Tapi disebabkan esok aku nak pakai baju keparat tu, terpaksalah aku bawak balik baju tu g kedai dobi yang sama.

Asalnya kotor tu sikit ja, tapi masa aku tengok tu, macam aku kerja kat bengkel kereta pulak. Bertompok2 minyak. Mujurlah minyak cerah macam minyak masak, dibuatnya minyak hitam? Sah aku kerja kat bengkel kereta yang memerlukan aku pakai baju korporat. Huh!

Sib baiklah kakak tu baik ngan En Hubby, dia pun cakap lembut ja. Aku pulak bukanlah jenis yang nak orang melutut mintak maaf kalau orang buat salah ngan aku. Cukuplah setakat dia sedar yang dia bersalah. So, petang ni pas kul 5 aku janji ngan dia nak p ambik baju yang hebat itu...

Oklah nanti aku sambung pasal baju aku yer.. Babai..


~~Pasnih nak guna aku jer. Boleh? Rasa lebih telus..












Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers