18 October 2011

Arrrggghhh...silaplah...

Menciklah.. Tersilap klik. Pastu pause, klik play lagi.. tengok, renung, pause lagi, pastu rewind sikit, tekan play lagi..renung lagi..pastu lap air mata..

Ape yang aku tengok?

kliklah..

Aku taknak letak besor2. Kang aku mesti gatai nak klik lagi.

Sedihla.. Betapa hancur luluh hati mak diakan..

Aku pun ada anak sebaya tu dan anak aku pun bukan jenis duk diam. Mesti nak explore segala bagai. Malah dah berkali-kali darah menyirap gara-gara larian marathon dia menuju ke jalan besar.


Kebiasaannya aku tak akan klik bila ada cerita-cerita yang berkait dengan kanak-kanak sebab aku memang sensitip sangat kalau bab berkaitan ni. Aku tak boleh terima dan aku bayangkan kalau terjadi kat anak-anak aku. Ni pun dah mula teringat kat depa dah ni...

Tapi kali nih aku gatai tangan la.. (Sambil gigit tangan sendiri).

Aku tak nak komen banyak-banyak. Mungkin masing-masing ada alasan tak tolong si kecik tu tapi bab sesaja langgar tu memang aku tak boleh terima langsung.

Semoga Allah bukakan hati mereka-mereka yang berkaitan untuk membantu jika kejadian sedemikian terjadi pada kita nanti. Amin...

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker