18 October 2011

Happy 3rd Birthday Aiman..

3 tahun lalu...

Mengandung kali kedua, aku tak mahu tahu langsung jantina baby. Biarlah apapun jantinanya aku terima..

Aku ingat lagi 18 Oktober 2008 ialah hari Sabtu. En Hubby tidak dapat hadir ke kelas PJJnya sedangkan dia ada ujian pada pagi itu.

Jam 9 pagi, doktor mengesahkan bukaanku sudah 4 cm. Aku disarankan ke bilik bersalin lepas makan pagi. Sengaja aku berlewat-lewat, moga2 cepat proses bersalin. Sempat lagi aku bertemu dan bersalam peluk cium dengan En Hubby. Selepas 4 tahun tidak mengelami rasa ini, aku sepertinya sudah lupa bagaimana rasa sakitnya bersalin. Sayu hatiku saat memohon maaf dari En Hubby.

Perlahan-lahan aku bergerak ke bilik bersalin. Rupanya katil penuh. Aku menunggu di kerusi luar. Lebih kurang setengah jam, aku ditempatkan di katil bersebelah tingkap. Tidak putus-putus doa bermain dibibir aku. Aku masih sempat merenung  awan dan melihat burung-burung beterbangan bebas di luar. Kan ke proses bersalin itu umpama bertarung nyawa. Manalah tahu ini kesempatan terakhir aku dapat tengok semua suasana tu.


Masa berlalu dengan amat lambat aku rasa. Setiap minit umpama sejam. Aku dipasang drip, dimasukkan ubat untuk cepat kontraksi. Di bahagian perutku dipasang alat kadar denyutan nadi baby. Aku sangat tidak selesa dengan alat tu.

Hampir jam 2 petang, aku masih tidak terasa untuk meneran. Doktor mula datang menjenguk aku. Kejap2 datang. Kejap2 datang. Sampailah jam 3 petang, aku cuma terasa sakit sedikit sahaja.

Jam 4.15 petang, aku mula terasa nak meneran. Doktor dan nurse mula mengerumuni aku. Sungguh kali ini sakitnya sangat terasa. Berbeza jauh berbanding bersalinkan Amir. Dah puas meneran, baby belum keluar. Kadar denyutan jantung baby makin menurun, aku terus jugak berusaha. Sehinggalah satu tahap salah seorang doktor di situ bagitau baby dah diam. Aku dipasang pula alat bantuan pernafasan. Doktor masih memberi semangat untuk aku terus meneran. Sehinggalah aku terasa seperti ketulan besar keluar, doktor menjerit kegembiraan. Jelas kelegaan di wajah nurse-nurse yang menunggu di sekeliling aku. 4.43 petang, lahirlah Muhammad Aiman Hakim.

Dalam kelam kabut mencuci baby, dan menyelesaikan urusan mencuci aku, nurse lupa untuk tunjukkan jantina baby kat aku. Dalam kepenatan, aku sendiri bertanya. Baby boy dengan berat 3.35kg.. Alhamdulillah...

Aiman, jaundice paling lama antara anak-anak aku. Sebulan berulang alik ke klinik dan hospital. Last check, walaupun agak lambat menurun, tiada kesan di hati. Aiman berjaya mengharungi..

Inilah anak itu...

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke 3. Semoga dirimu membesar sebagai insan berguna ye nak. Mak sayang kamu selamanya, tiada gantinya..

~1 hari.

~Semasa 3 dan 5 bulan

~Aiman vs Aliya. Sama tak?

~Sudah besar dan bijak

~Suka laut dan kapal




Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers