Keretaku dah sihat selepas ditukar motor dan ketoi tingkap kuasa nya. Boleh tahanla harganya.. Itulah orang selalu duk pesan kalau nak pakai kereta biaq ada duit emergency dalam tangan..
Hujaaannnn.. Asal petang ja hujan, asal hujan ja petang..Rungutan En Hubby. Dan setiap petang memang hujan ya dekat SP ni. Kalaulah bercuti..Nikmatnya tidur.. Angan-angan yang tak pernah menjadi..
Ok..nak cerita pasai dah tak jadi pi Penang weekend ritu kan. So carilah tempat akan alternatif yang boleh selamat jika kereta ditinggalkan dengan tingkap yang tak boleh ditutup. Makan, mulanya kami cadang singgah The King tapi elok nak masuk parking, jauhlah pulak ngan tempat makan Tak jadi, maka berangkatlah ke Subaidah.
Aku memang respek dengan Subaidah ni. Bukan apa depa memang canggih la bab order makan ni. Guna handphone lagi Siap tekan-tekan dah order. Tunggu.. Perghh kalaulah kita boleh bukak kedai makan macam tu.
Aliya sepanjang kat Subaidah tidur ja. Maklumlah siang tu sakan duk main ngan abang-abang dia. Aku biarkan ja Aiman melilau dalam kedai tu. Dia bukan tau nak duk diam. Kedai manapun dia buat macam kedai mak pak dia ja. Ambik makanan/minuman macam tak payah bayaq. Jadinya kami mengorder. Aku order Roti John Hongkong. Ayahnya order capati dan Amir order Nasi Goreng Pattaya. Aiman ambik aiskrim. Ambik sendiri ja..
![]() |
Roti John Hongkong. Sedap! Agak-agak kat Hongkong ada ka John yang jual roti ni? |
![]() | |||
Capati.
Dua ketoi tu..
|
Lain-lain.. Gelagat anak-anak aku
ja..
Ok. Babai..
Kujie · 706 weeks ago
iLa 8p · 706 weeks ago
wartashubhi-2 62p · 574 weeks ago