17 November 2011

Aliya...


Lama betul saya tak bercerita tentang anak ini.
Aliya...



  Anak ini selalu buat saya keciwi. Kenapa? entahlah.. Anak sendiri kan. Lepas balik kerja, mesti cium dia berkali-kali. Gomol2 dulu, berguling gantang dengan dia dulu. Dah puas, baru boleh start buat kerja rumah. Aliya my princess. Anak pempuan sorang. Kecik lagi pulak tu..


Dah 9 bulan. Dah pandai lepas tangan bila dapat berdiri. Nak berdiri meruntun dekat apa saja yang dekat dengan dia. Termasuklah kain atau seluar mak dia. Dapat berdiri dah mula lepas tangan. Siap kepak-kepak lagi tangannya. Ayah dengan mak yang risau berlari-lari nak menyambut takut jatuh. Pastu dah pandai nak bukak langkah. Tapi biasalah, tumbang. Jadi kalau orang mai rumah terkejut tergempaq memang rumah penuh dengan bantal. Sebab untuk tahan Aliya takut jatuh..


Tapikan.. semalam dah pandai merajuk. Dia dah ada 4 batang gigi sejak umur 6 bulan lagi. Semalam dia asyik gigit ja nenen mak dia. Tengah2 malam pulak tu. Apa lagi terjerit-jeritlah mak dia. Dah dia dengar mak duk menjerit tu, dia terus merajuk tanak nenen sebelah tu dah. Pujuk-pujuk tukar sebelah lagi, baru dia mau. Huh! Dah pandai yer..

Oklah..setakat itu saja..Babai..


Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers