Showing posts with label ~ayah dan ibu. Show all posts
Showing posts with label ~ayah dan ibu. Show all posts

25 August 2011

Selamat Datang Syawal..

Comments
Kala ini sayu benar rasa hati. Syawal bakal menjelma bersama berlalunya waktu yang dirasakan semakin pantas meninggalkan aku. Penat usah cerita dalam mencari lebihan dari sesuap dua nasi. Tapi merungut adalah dilarang.. rezeki sentiasa datang.

Ramadhan semakin menghampiri penghujung. Nyata sekali ada debar yang beralun di dada. Hati bergundah. Bagaimanalah ayah menyambut hari raya kali ini?

Ayah sendirian lagi di pagi Syawal kali ini. Hati berat membiarkan ayah sendirian tetapi demi keadilan dan menurut kehendak suami aku menyambut Syawal di kampung dia. Bukankah kedudukan seorang isteri di samping suami? Kadangkala bisikan sayu bermain-main bersama angin, sempatkah lagi aku menyambut Syawal dengan ayah di tahun mendatang. Ampunkan aku Ya Allah, Ampunkan aku. Tidak sanggup membiarkan ayah sendirian di kampung tetapi aku harus disisi suamiku.

Ayah yang memahami, tidak pernah sekalipun merungut kala anak-anak tidak menjengah. Sejuknya hati ayah...

Maafkan adik ye ayah.. Jika diizinkanNya, kami akan pulang selepas menyambut Syawal. Moga dipermudahkanNya.

Banyak betul perubahan selepas pemergian emak. Aku tidak mampu mengubahnya. Semua anak-anak ayah sudah mempunyai tanggungjawab. Hanya akal yang matang dapat membentuknya..

Wahai hati tabahlah.. Rindunya pada emak.. Pada ketupat dakap emak, pada bahulu hasil tangan emak.. Semoga emak dilimpahi rahmatNya..

24 March 2011

Ayah..

Comments
Ayah dilahirkan pada tahun 1940. Kalau dihitung umur ayah dah menjangkau 71 tahun. Orang lamakan?

Entah kenapa lately aku teringat sangat dekat ayah. Terfikir macam2. Kekadang teringat macam mana hidup aku tanpa ayah.

Dia bersendirian di kampung. Tidak mahu mengikut anak2 sebab nak usahakan bendang. Kami tak mampu nak memaksa sebab dia dilihat masih sihat (sihat orang tua2).Masih mampu meronda kesini sana dengan motornya. Malah seguni padi benih diangkat dibahunya seolah aku mengangkat Aliya saja lagaknya..

Ayah adalah the most coolest person in the world yang aku pernah jumpa. Kenapa? Ayah sangat susah marah. Semenjak aku besar panjang,beranak pinak aku tak pernah tengok ayah marah. Tapi sebagai anak2 kami akan tahu sendiri bila ada benda dia tak puas hati. Tindakan dan air muka ayah akan berubah dari biasa. Maka kami akan diam, tunggu ayah sejuk baru bersoal jawab.

Tapi kalau ayah dalam mode happy, kami anak beranak boleh tahu. Ayah suka menyanyi. Menyanyi untuk menghibur hati dia sambil menyiram pokok. Selalunya lagu2 lucu versi lama. Lagu2 yang mampu mengundang senyuman kami di ceruk dapur.

Aku boleh dikatakan yang agak jauh dengan ayah secara lahirnya. Hakikatnya, ayah tetap dekat dihatiku. Aku jarang berceloteh dengan ayah. Mungkin ayah masih menganggap aku anak bongsu yang masih sukar memahami. Tapi aku tak kisah. Ayah banyak bercerita dengan kakakku yang tengah. Kesusahan hati seorang ayah terhadap anak2.. itulah yang selalu diceritakan..

Ayah, kalaulah mampu aku sangat ingin kembali ke kampung berbakti kepada ayah. Tapi keadaan menolak keinginan itu. Harap peluang itu akan datang juga suatu hari nanti...

p/s: Sememangnya aku jarang bercerita tentang ayah di sini..

26 November 2010

Kiroro..

Comments
Owh..apakah tajuk..?

Sebenaqnya lama dah duk cari lagu nih..tapi tak bersungguh. 1 hari tu..tgh balik kerja, abby pasang lagu nih kat sinar.. tunggu sampai habih nak tau penyanyi dia.. dapatlah sudah.. mulalah pulak pencariannya dlm youtube.. ape lg download la.

Lagu dia? klik sini.. (makcik takmau la jadi tukang seperate lagu tanpa lesen..kang kena tangkap..kesian makcik ha..bukan ada det nak bayaq saman ni..) tapi kalau kes sampai mengidam nak lagu nih..buleh habaq mai emel..makcik post pi..

lirik dia..

Kiroro - Mirae Lyrics

Hora ashimoto wo mite goran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mite goran
Are ga anata no mirai

Haha ga kureta takusan no yasashisa
Ai wo idaite ayumeto kurikaeshita
Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai
Donna watashi no te wo nigiri
Isshoni ayundekita

Yume wa itsumo sora takaku aru kara
Todokanakute kowai ne dakedo oitsuzukeru no
Jibun no sutori dakara koso akirametakunai
Fuan ni naruto te wo nigiri
Isshoni ayundekita

Sono yasashisa wo toki ni wa iyagari
Hanareta haha e sunao ni narezu

Hora ashimoto wo mite goran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mite goran
Are ga anata no mirai

Sono yasashisa wo toki ni wa iyagari
Hanareta haha e sunao ni narezu

Hora ashimoto wo mite goran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mite goran
Are ga anata no mirai

Hora ashimoto wo mite goran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mite goran
Are ga anata no mirai
Mirai e mukatte
Yukkuri to aruite yuko

Apolah maksud lagu nih kan? carilah makcik boyot nih pun..bukan apa..dah mengaji sekolah kampung nih.. mana ada belajaq bahasa jepunkan.. dak gitu? adalah satu orang nih dah post maksud dia dlm bahasa inggeris..

maksud dia..lebih kurang katanya..

* Look, look at your feet.
That is the path you walk.
Look, look in front of you.
That is your future.

My mother showed me so much kindness.
Embracing love,
she encouraged me again and again to walk forward.
Back then, I was still too young
to understand the meaning of her words.
Nevertheless, she held my hand
and walked together with me.


My dreams are always as high as the sky.
It's frightening to know that they're so out of reach, isn't it?
But I must keep chasing after them.
This is my own story, so
I don't want to give up.
When I was troubled by doubt, she held my hand
and walked together with me.

# Sometimes I hated such kindness.
I was so disobedient to my mother, who is far away from me now

Let's walk
toward the future, slowly but surely.

Rujukan : sini. Betui ke idak? harap2 betuilah kot..

Nih makcik alih ke bahasa ibunda orang kampung makciklah kan..

Tengok, tengok pada kakimu
Disitu kamu berjalan
Tengok, tengok didepanmu
Disitulah masa depanmu

Ibu saya menunjukkan kebaikan yang sangat
Kasih suci
Dia menyokong saya berkali-kali untuk berjalan ke depan
Walaubagaimanapun, saya terlalu muda untukmemahami
Akhirnya, dia memimpin saya berjalan bersama

Mimpi saya setinggi langit
Sangat menakutkan untuk mengetahui yang ia terlalu jauh untuk dicapai
Tapi saya terus juga menggapainya
Ini kisah saya jadi
saya tidak mahu berputus asa
Bila saya diragukan, dia memegang tangan saya
dan berjalan bersama saya

Kadangkala saya bencikan kebaikan
Saya telah mengingkari ibu saya, yang telah jauh dari saya sekarang

Mari melangkah
ke arah masa depan, perlahan tapi yakin..

Syukur.. lepas tahu maksudnya, ini bukan lagu cinta yang meleret2..rupanya lagu ni untuk ibu..
Patutlah makcik suka lagu ni.. Dan2 teringat kat mak.. betullah mak dah jauh dari saya..

**entry paling takdak paedah tahun 2010..hahaha.. pasai apalah buh pasai lagu pulak nih? Ampun kenkawan..saya juga manusia biasa..ada jugak rasa nak dihiburkan dengan lagu2 semasa (semasa ka lagu nih..rasa macam dah lama..hahaha)

16 December 2009

Ayah dan ibu..

Comments
Wahai RAsulullah, anakku telah aku didik, tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan :

"Ketika engkau masih kecil
tangan ini yang memberimu makan.
Engkau minum aku juga yang tuangkan.
Apabila dirimu sakit,
aku berjaga semalaman.
Kerana skitmu itu
aku mengeluh kerisauan.
Tetapi, di saat engkau dewasa
dan mencapai tujuan.
Kulihat pada dirimu
apa yang tak kuharapkan.
Kau balas aku dengan kekasaran.
Seakan-akan nikmat dan anugerah
engkau yang berikan."

Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinangan air mata Rasulullah S.A.W seraya bersabda yang bermaksud : "Kamu dan hartamu milik ayahmu."

(Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam shihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

Petikan dari Cuti, Pulanglah ziarah orang tua! Tulisan Dr Haji Juanda bin Haji Jaya.

Saya bukanlah bijak untuk bercerita tentang kisah nabi Allah ini tetapi sekadar satu peringatan kepada saya dan kita semua bahawa berkhidmatlah kepada ayah dan ibu selagi mereka ada di dunia ini. Dan kirimkanlah doa kepada mereka jika mereka telah tiada...

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers