29 September 2011
Lamanya sunyi!
Saya masih wujud dengan teguhnya (walaupun kadang kala tumbang kepenatan). Alasan biasa, sibuk! Sibuk dengan kehidupan yang banyak perubahan dan mood berblog seperti hilang dibawa angin. Tapi saya tetap berjalan-jalan. Merayau dari blog ke blog bila masa terluang.
Saya telah mula berbisnes kek coklat lembab. Alhamdulillah, rezeki dariNya tak pernah surut. Pesan suami dan kakak, jangan merungut nanti rezeki lari... Musim perayaan, order sangat memberansangkan. Sehingga saya terpaksa tolak sebahagian. Takut tak sempat. Saya akan update gambar-gambarnya nanti.
Anak juga telah bertukar pengasuh. Walaupun jiwa lara sekejap tapi sekarang semua dah tenang (kot). Akan ada entry khas tentang ini nanti.
Lain-lain semua masih sama. Rutin harian yang tak berubah. Anniversary kami yang ke 9 (pada 9 September lalu), tiada sambutan. Tiada hadiah. Lambat sikit ye bang. Tak sempat beli.. hehehe..
Oh ya..commentluv saya macam tak running kan? Nanti saya nak buanglah. Tapi macam sayang pulak.. Dah banyak kali timbang..
Akan ada GA yang bakal menyusul sebelum berakhir tahun ni. Taklah gempak sangat. GA yang biasa-biasa saja..Tungguuuu!!
Ok..Babai..
25 August 2011
Selamat Datang Syawal..
Ramadhan semakin menghampiri penghujung. Nyata sekali ada debar yang beralun di dada. Hati bergundah. Bagaimanalah ayah menyambut hari raya kali ini?
Ayah sendirian lagi di pagi Syawal kali ini. Hati berat membiarkan ayah sendirian tetapi demi keadilan dan menurut kehendak suami aku menyambut Syawal di kampung dia. Bukankah kedudukan seorang isteri di samping suami? Kadangkala bisikan sayu bermain-main bersama angin, sempatkah lagi aku menyambut Syawal dengan ayah di tahun mendatang. Ampunkan aku Ya Allah, Ampunkan aku. Tidak sanggup membiarkan ayah sendirian di kampung tetapi aku harus disisi suamiku.
Ayah yang memahami, tidak pernah sekalipun merungut kala anak-anak tidak menjengah. Sejuknya hati ayah...
Maafkan adik ye ayah.. Jika diizinkanNya, kami akan pulang selepas menyambut Syawal. Moga dipermudahkanNya.
Banyak betul perubahan selepas pemergian emak. Aku tidak mampu mengubahnya. Semua anak-anak ayah sudah mempunyai tanggungjawab. Hanya akal yang matang dapat membentuknya..
Wahai hati tabahlah.. Rindunya pada emak.. Pada ketupat dakap emak, pada bahulu hasil tangan emak.. Semoga emak dilimpahi rahmatNya..
08 August 2011
Wajah baru..
Tetiba rasa nak design blog.. dan taraaa... Lawa ke? Tak..tapi rasa nice. Rasa sejuk ja..Ok tak? Erm.. kalau tak ok pun sila terima sebab saya sebagai tuan tanah sangat suka dengan design saya.. Suka hatilah..blog aku kan! Ops..tetiba macam sombong pulak..
Kalau tak suka takpa.. Sebarang komen saya terima jika membantu..
11 July 2011
Emo..
10 May 2011
Teeth ataupun Gigi..
Ronda-rondalah dalam blog Mr Doc nih. Jumpa gambo..

Comelkan cat tu.. Entry pasal memberus gigi. Ketawa sensorang kat bilik yang dah sedia duk sensorang nih.. teruih cerah mata..jom buat kerja..hahaha..
Thanks Mr Doc.. U make my day...
09 May 2011
Sehari selepas..
Ramai menegur saya nampak susut dari dulu. Alhamdulillah.. Setakat ni tak pernah lagi timbang berat. Rasa segan nak ambik tahu. Biarlah dulu. Kalau rajin nanti saya timbang.
Semalam berlalu dengan baik. Saya tidaklah terlalu keletihan.
Tapi awal pagi tadi.. saya diberitakan perlu berkursus. Adeh! Macamana nak tinggalkan Aliya? Beratnya hati dan jiwa raga..
p/s : entry takdak pekdah langsung tapi jiwa nak jugak update blog..
28 April 2011
Cuti yang panjang..
Cuti saya hanya bersisa seminggu sahaja lagi. Sepanjang cuti, hidup saya bermula seawal 5.30 pagi. Siapkan anak ke sekolah, sediakan sarapan untuknya, pakaikan baju, tali leher, tali pinggang dan kasut. Selesai urusan anak sekolah lebih kurang jam 6 setengah. Bersihkan diri, kadang2 basuh baju dan beronline sambil mengepam susu serta bersarapan.
Jam 7 siapkan anak tengah ke rumah pengasuh. Siap sidai baju, pukul 8 saya dah keluar rumah, hantar anak ke rumah pengasuh. Singgah beli makanan, pukul 9 lebih saya sampai ke rumah kembali.
Rehat kejap, basuh baju dalam mesin basuh, susukan Aliya, mandikan dia, tidurkan Aliya, jam dah 11 lebih.. Cepat betul masa..
Saya sendirian di rumah, jadi saya jarang masak makan tengahari. Tapi saya siapkan bahan masak untuk makan malam awal2.
2 hari sekali saya 'iron' baju sekolah amir. Kasutnya sepasang dibasuh 2 hari sekali dan sepasang lagi 3 hari sekali. Sebelum pukul 1, saya dah kutip pakaian yang disidai. Susukan Aliya bila perlu dan masa saya sentiasa penuh.
Kadangkala hari saya berakhir jam 1 atau 2 pagi, selain jam 12 tghmalam. Itupun selepas menyental baju sekolah Amir penuh dengan peta dunia.
Saya sebenarnya hairan dengan kakak2 yang berhampiran dengan rumah saya. Masa mereka kelihatannya cukup panjang sehingga pagi petang ada masa untuk melepak. Saya biasanya hanya mengangkat tangan atau tersenyum sahaja sambil melintasi kakak2 ni. Hati mesti ligat tertanya2 bagaimana pengurusan masa mereka?
Kawan2 bagaimana?
01 January 2011
Selamat Tahun Baru.. 2011.
Tiada apa azam untuk tahun nih. Biarlah yang bertangguh tahun lepas menjadi dulu. Topup jugaklah sikit2 tapi takyah war-warlah kan..sebab tak perlu pun tunggu tahun baru untuk berazam..
Tahun yang penuh debaran dah bermula..
Amir mulakan sesi persekolahannya. dah darjah 1 dah budak besar nih.. Very excited..siap merajuk masa pendaftaran sebab cikgu kata balik dulu.. next week baru mula kelas. Dia dah nak belajar..
Baby ke 3, menanti kelahirannya dalam bulan Januari ini. Debarnya melebihi yang lain. Entahlah..Mungkin kali ni sebab nak jaga diri sendiri kot. Jadinya debarnya lain sikit. Dah tu bersalin pun jauh dari kampung, memang rasa lain.. Semoga semuanya akan selamat..
Harap-harap kali ni proses menyusu badan sepenuhnya baby ke 3 akan berjaya. Segala persiapan dah dibuat. Harap dapatlah buat stok secukupnya sebelum mula kerja.. (Owh..ni ada hutang entry ni).
Walaupun dah baby ke 3, saya masih mencari gali ilmu bersalin dan menyusu. Banyak yang perlu disimpan dalam diri ni..
Apapun semoga 2011 menjanji perubahan yang positif kepada saya dan anda semua.. Selamat tahun baru..
psstt..tak sabar nak bercuti 90 hari..ekeke..
26 December 2010
500 BLOG !
Owh..ada contest mencari harta karun..nak join? klik sini .Penyertaan ditutup esok (27/12/2010), jam 2 petang.. Cepat!~~Tentang saya...
Anak kelahiran Perlis yang sangat sayangkan keindahan negerinya. Jika berpeluang saya ingin kembali berkhidmat di negeri ini.
Sedang menunggu kelahiran baby ke 3 hasil perkahwinannya dengan jejaka idaman Malaya.. Mempunyai 2 hero kecik yang sangat disayangi dan seorang hero hindustan yang paling dicintai. Merantau mencari rezeki di negeri Jelapang Padi dan masih menyedut udara penuh bahagia di sini..
Semua itu sangat indah dibiarkan berlalu tanpa dikongsi bersama rakan-rakan maya dan anak cucu nanti.. Maka wujudlah hitamputih78.blogspot.com.
05 December 2010
Spek mata..
Okey..nih bukan nak cerita pasal Bahasa Melayu yang kita selalu ubahsuai tapi nak cerita pasai spek mata makcik ni lah kan..
Malam Sabtu (kalau saya, panggil Jumaat malam sebab siang tu hari Jumaat, jadi malam tu ialah malam kepada hari tu.. konpiuskah saya?), saya tanggalkan spek untuk lap muka saya yang basah selepas dibasuh sebelum tidur. Pek..patahlah sudah.. Sebelah dari tangkai spek saya sudah patah setelah hampir setahun di 'kepak' oleh Aiman.. Makanya, terkial-kiallah saya mencari spek saya yang lama untuk diganti tangkainya dengan yang sedia ada.. Mujur ada lagi dan bolehlah masuk tangkai tu..Lega..tapi tetap terbayang2 duit yang bakal terbang untuk buat spek baru nanti..
Sebenarnya dah bincang dengan en suami nak pinjam duit bonus MLM, dan nak bayar balik ansuran (dan semestinya tanpa bunga berbanding menggunakan kredit kad saya). Saya sangat susah nak meminta en suami bayarkan untuk saya tambahan pula kalau saya tahu harga barang tersebut mungkin akan menyamai harga hadiah hari ulangtahun perkahwinan ke 7 kami yang lalu..Lembutkan hati saya?
Tanpa diteman sesiapa, waktu rehat tadi saya telah ke Focus Point (paling dekat dan mudah untuk sampai). Setelah mencuba-cuba hampir sedozen frame spek. saya memilih jenama B*N**. walaupun serasa gayat ja dalam hati.. Takpalah..harap-harap kali tahan lebih lama..
Setelah test power,test guna spek depa dan segala bagai, tibalah masa untuk kira harga penuh. Jumlahnya RM 800.00. Owh.. harga sekarang, kata saya dalam hati.. Saya hanya bayar separuh dulu..
Teringat suatu masa dulu, masa tu umur saya 14 tahun. Ditemani emak, saya ke kedai spek. Saya mula pakai spek semasa tingkatan 2 lagi. Sekali buat spek harganya dalam RM 200.00. Itupun sudah dikira mahal. Macamanalah kalau emak saya masih ada dan menemani saya untuk buat spek mata pada tahun 2010 ni? Tentu dia akan terkejut kan?
p/s at last..jenama B*N** itu saya cancel sebab ada lagi 1 frame yang comel pada pandangan saya dan harganya melebihi en B tadi..owh.. takpalah 5 tahun sekali buat spek..Ha?
26 November 2010
Kiroro..
Sebenaqnya lama dah duk cari lagu nih..tapi tak bersungguh. 1 hari tu..tgh balik kerja, abby pasang lagu nih kat sinar.. tunggu sampai habih nak tau penyanyi dia.. dapatlah sudah.. mulalah pulak pencariannya dlm youtube.. ape lg download la.
Lagu dia? klik sini.. (makcik takmau la jadi tukang seperate lagu tanpa lesen..kang kena tangkap..kesian makcik ha..bukan ada det nak bayaq saman ni..) tapi kalau kes sampai mengidam nak lagu nih..buleh habaq mai emel..makcik post pi..
lirik dia..
Kiroro - Mirae Lyrics
Hora ashimoto wo mite goran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mite goran
Are ga anata no mirai
Haha ga kureta takusan no yasashisa
Ai wo idaite ayumeto kurikaeshita
Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai
Donna watashi no te wo nigiri
Isshoni ayundekita
Yume wa itsumo sora takaku aru kara
Todokanakute kowai ne dakedo oitsuzukeru no
Jibun no sutori dakara koso akirametakunai
Fuan ni naruto te wo nigiri
Isshoni ayundekita
Sono yasashisa wo toki ni wa iyagari
Hanareta haha e sunao ni narezu
Hora ashimoto wo mite goran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mite goran
Are ga anata no mirai
Sono yasashisa wo toki ni wa iyagari
Hanareta haha e sunao ni narezu
Hora ashimoto wo mite goran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mite goran
Are ga anata no mirai
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mite goran
Are ga anata no mirai
Mirai e mukatte
Yukkuri to aruite yuko
Apolah maksud lagu nih kan? carilah makcik boyot nih pun..bukan apa..dah mengaji sekolah kampung nih.. mana ada belajaq bahasa jepunkan.. dak gitu? adalah satu orang nih dah post maksud dia dlm bahasa inggeris..
maksud dia..lebih kurang katanya..
* Look, look at your feet.
That is the path you walk.
Look, look in front of you.
That is your future.
My mother showed me so much kindness.
Embracing love,
she encouraged me again and again to walk forward.
Back then, I was still too young
to understand the meaning of her words.
Nevertheless, she held my hand
and walked together with me.
My dreams are always as high as the sky.
It's frightening to know that they're so out of reach, isn't it?
But I must keep chasing after them.
This is my own story, so
I don't want to give up.
When I was troubled by doubt, she held my hand
and walked together with me.
# Sometimes I hated such kindness.
I was so disobedient to my mother, who is far away from me now
Let's walk
toward the future, slowly but surely.
Rujukan : sini. Betui ke idak? harap2 betuilah kot..
Nih makcik alih ke bahasa ibunda orang kampung makciklah kan..
Tengok, tengok pada kakimu
Disitu kamu berjalan
Tengok, tengok didepanmu
Disitulah masa depanmu
Ibu saya menunjukkan kebaikan yang sangat
Kasih suci
Dia menyokong saya berkali-kali untuk berjalan ke depan
Walaubagaimanapun, saya terlalu muda untukmemahami
Akhirnya, dia memimpin saya berjalan bersama
Mimpi saya setinggi langit
Sangat menakutkan untuk mengetahui yang ia terlalu jauh untuk dicapai
Tapi saya terus juga menggapainya
Ini kisah saya jadi
saya tidak mahu berputus asa
Bila saya diragukan, dia memegang tangan saya
dan berjalan bersama saya
Kadangkala saya bencikan kebaikan
Saya telah mengingkari ibu saya, yang telah jauh dari saya sekarang
Mari melangkah
ke arah masa depan, perlahan tapi yakin..
Syukur.. lepas tahu maksudnya, ini bukan lagu cinta yang meleret2..rupanya lagu ni untuk ibu..
Patutlah makcik suka lagu ni.. Dan2 teringat kat mak.. betullah mak dah jauh dari saya..
**entry paling takdak paedah tahun 2010..hahaha.. pasai apalah buh pasai lagu pulak nih? Ampun kenkawan..saya juga manusia biasa..ada jugak rasa nak dihiburkan dengan lagu2 semasa (semasa ka lagu nih..rasa macam dah lama..hahaha)
25 November 2010
Kisah..
Bila merenung anak ini, serasa cepatnya masa berlalu.Masih terkenang2 saat mudahnya melahirkan dia. Membiru masa dilahirkan, dan dengan kehendakNya segalanya kembali sempurna..
Aiman sudah pandai bertanya itu dan ini. Hilang salah seorang kami dimatanya, akan ditanya kemana.. Ayah na (ayah mana?). Mak na? Abang na? Petah sungguh bercakap. Tak terjawab terkadangnya bila dah berkali soalan sama diulang. Anak kecil ini faham apa dikatakan padanya. Jadi anak yang baik, yang soleh, yang erjaya didunia dan akhirat ye nak..
Hujung bulan Nov ada exam PTK menanti. Sedang mencuba untuk tumpukan perhatian. Nak lulus aras 4.. Doakan saya.. Memang tahun depan dimansuh, tapi saya sendiri kabur apa pula pengganti penilaian kakitangan awam nanti. Manalah tahu rezeki penghujung PTK sebelum dimansuh akan lebih murah..
Kandungan dah capai 7 bulan.. Semuanya baik2 belaka. Kali ni macam2 pula nak dimakan tapi yang syoknya nak makan dari air tangan sendiri. Sayangnya, serimuka saya tidak menjadi. Segala ilmu dah digali tapi ada saja cacatnya. Rasanya saya perlu menuntut dengan kakak saya..buat depan dia..hahaha.. Dah 3 kali rosak, saya kecewa. Kesimpulan sendiri, saya ada ilmu tersembunyi, pantang buat serimuka..hahaha.. (Jangan percaya!)
Ini dah 2/3 hari lapaq tapai..semalam ada kawan yang prihatin bagi 4 biji..alhamdulillah. belum sempat nak rasa. Masih sejuk di dalam peti.. Pagi tadi cari pulak en ragi.. tangan gatai nak try buat. harap2 menjadi.. kedai semalam yang tiada tapai, hari nih jual banyak..saya sambar 5 set.. hahaha..
Diam2 rupanya saya bersedara dengan pemain bola sepak kedah Mohd Fazliata Taib. Ayahnya bapak sedara saya, jadinya kami sepupu lah.. Sebenarnya baru tahu, masa nak balik dari Perak, kakak sms bagi tahu Pak Long Taib (ayahnya si Fazliata) panggil makan kenduri. Sayangnya dibuat hari senin.. maka tak dapek la nak pooiii.. Isterinya yang kiut miut boleh dilihat disini (Makcik maleh nak curik gambo dia..)klik..
Mengandung kali ini ada debar yang selalu menggetarkan dada. entahlah.. Tak dapat nak di kisahkan rasanya. Doa saya lewat solat, semoga urusan bersalin nanti berjalan dengan lancar dan mudah. Tolong doakan saya ye kawan2..
Dah banyak bab saya sentuh..oklah kenkawan..ada peluang nanti saya bercerita lagi..
16 February 2010
Kontang..
Bukan tidak login ke sini tapi yang ditaip hanya draft tarafnya. Entah dimana silapnya, serasa segan untuk dijadikan paparan..
Saya sedang mencari ruang untuk memindahkan blog ini ke suatu lokasi. Bukan bermakna menutup diari tapi sifat azali manusia, yang lebih sempurna tetap dicari..
26 January 2010
Selepas itu..
Sangat sibuk sejak minggu lepas. Menyusun anak2 sebab kena berkursus di hari minggu. No rest. Working 7 day per week.. Arghhh.. No tension. I'm still working till today. Tak ambik cuti sehari pun lagi.. Walaupun kadang2 tenaga seolah2 hilang. Dan kadang kala aku tertidur kat meja kerja..
Tiada yang terlalu menarik untuk dicerita sepanjang kursus. Saya tidak sihat pada hari kedua. Entah angin mana menyerang sampai sakit kepala. Dan hari ketiga iaitu hari terakhir saya muntah selepas habis program. Sangat rugi nak makan lauk sedap kat sana untuk kali terakhir bagi kursus kali ini. Thumb ups untuk tukang masak kat Hotel Akademi MARA. Sangat sedap sehinga teringat2. Oh ya.. depa ada restoran kat Mergong. Nama Restoran Bonda. Tentu sesedap masakan kat hotel tu kan.. Jom kita try..jom!
Kalau berkursus lagi di sana belum tentu dapat rasa yang sama sebab di sana cateringnya secara panel. 3 weeks per panel. so kalau tak dapat ttauke yang sama mungkin rasa akan berbeza.
Ada kisah sedih pada 2 hari lepas. Apapun telah diselesaikan dengan baik. Kata persetujuan telah dibuat. Terima kasih Ya Allah, kau buka pintu hati boss untuk menolong hambaMu ini. Terima kasih jugak buat boss yang baik. Selama ini saya sangat tidak berani berterus terang dengan boss. Kali ini hati memang berat tapi demi masa depan saya gagahkan kaki melangkah meminta dari boss. Malu dan sayu bersatu. Saya pun tidak menyangka menjadi terlalu emo sehingga menitis airmata. Terlalu sedih bila mengenangkan sejarah lama di tempat kerja lama saya berulang di sini. Maafkan saya boss. Ada hikmahnya bila jadi sebegitu. Saya mula memahami kehendak boss. Terima kasih jugak buat my lovely hubby. Sangat memahami. Ketahuilah sayang.. kata2mu membuat saya menguatkan diri berjumpa boss dan berbincang. U are the best! (saya tahu dia akan baca blog saya.)
Hari ini saya melawat seluruh kawasan tempat kerja saya. Mengambil gambar2 untuk diisi dalam laman web pejabat. Saya suka! Walaupun penat dan panas. Nampaknya hobi saya mula terarah ke fotografi.. Owh.. Modalnya besar ya.. Angan2 tetap ada..
Semalam, Amir diambil oleh ayahnya. Cikgu bercerita tentang Amir yang telah berubah. Mula pandai menjawab dan melawan kata. Di hati saya sangat gundah. Pagi ini, sepanjang jalan saya nasihatkan dia. Silap kami perlu diperbaiki. Maafkan kami ya Amir.. Emak dan ayah akan berubah...
Jam dah menjejak angka 5. Saya perlu pulang.. Apa perancangan untuk menyambut Birthday Amir ya?
22 January 2010
I missed you..
Saya sekarang masih berjaga. Tidak mampu lagi melelapkan mata. Biasalah tabiat saya bila bertukar tempat beradu.
Berada jauh dari anak, walau hanya sejam lebih perjalanan tapi membuatkan saya tidak mampu berulang alik. Rindunya dengan mereka. Merengek2kah Aiman bila tidak dapat mencium bau emaknya. Bagaimana pula dengan Amir..?
Oh..oh...sayakah yang berlebih2 rindu ini? Saya perlu tidur untuk sediakan diri dengan program esok..
Saya telah diminta hadir ke Kursus Perancangan Strategi dan Senario. Maka berjauhanlah saya sepanjang hujung minggu ini dengan anak2 dan ayahnya..rindunya!
psstt..masih belum sempat mengupdate cerita Taiping. Nanti ya..
11 January 2010
Kebosanan...
Entah apa yang melanda dan dari mana datangnya.. Bosan betul saya. Sudah beberapa hari melayan rasa. Apa perlu saya buat?
Rasa ini benar2 mengganggu. Mengganggu urusan kerjaya dan juga masa2 peribadi saya.
Serasa mahu bercuti dan melakukan aktiviti sendiri. Perlukah?
07 January 2010
Iklan di radio
Adalah satu iklan tu..
Mula2 si emak tu tanya anak2 dia.. "antara guruh dan kilat mana laju?" ayat aku jer nih..dalam iklan tu ayat susun cantik dah.. aku yang tak ingat..
Jawab si anak :Kilat
Emak tanya lagi : Antara kilat dengan adik siapa laju?
Anak jawab : Entah..tak ingat..
Emak : Adiklah laju bila emak gorengkan nugget tempura dotdotdot.
Emak : Nugget tempura dotdotdot membuatkan anak anda laju sepantas kilat...
Tadi dia kata kilat laju. Lepas tu dia kata anak dia laju. Yang mana satu sebenaqnya yang laju? Sepatutnya ayat dia yang last tu, nuget tempura dotdotdot..membuatkan anak anda lebih laju daripada kilat...
Iklan kadang2 dibuat tanpa tapisan. Rakyat yang mendengar menjadi pemikir... dan siaran radio jadi tak menarik lagi..
04 January 2010
Saya berasa gembira..
Saya sendiri tidak tahu puncanya. Mungkin kegembiraan yang bermula dirumah terbawa2 sepanjang hari. En suami telah menyirami kegersangan dompet saya hari ini. Alhamdulillah..
Awal pagi lagi telah mengadap boss hensem. Bercerita tentang kerja2 yang telah disiapkan sepanjang dia bercuti dan perancangan untuk satu projek akan datang. Satu lagi kegembiraan buat saya.
Boss seorang lagi bertanya tentang laman web rasmi pejabat hari ini. Saya dengan gembiranya memaklumkan, laman web telah dikemaskini. Dia akan semak.. Saya tidak risau. Malah gembira.. Ini menjawab persoalan saya tentang bilangan viewer laman web ini sejak 1 Januari, mencanak2 sehingga 102 viewer.
Apapun saya masih gembira sehingga hampir berakhir waktu kerja hari ini. Syukur padaMu..
23 December 2009
Kajian Dr Fazilah Kamsah..
Saya dilahirkan oleh emak saya pada bulan 5 ya.. Masa tu umur mak saya dah 35, owh.. lagi 4 tahun nak cecah umur ini. Emak saya dah beranak 5, saya baru beranak 2.. Boleh ke nak dapat 3 lagi dalam masa 4 tahun?
~Tidak dinafikan. Saya memang degil. Kalau saya nak, saya nak. Akan usaha sehabis daya untuk dapatkannya walaupun orang lain kata tak boleh.. Kalau tak dapat jugak saya akan kecewa melara..
Kuat semangat & bermotivasi tinggi
~Yang ni no komen. Kena tanya suami saya.
Pemikiran yang tajam
~Tajamlah kot, walaupun kadang2 tersasar. Lambat menjawab soalan spontan..
Mudah marah apabila tidak dikawal
~Tepat. Silap2 haribulan habis semua dihambur. Owh..sangat tidak baik ya.. Perlu diubah.
Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian
~Pandai ka? Tak kot.. Kalau pandai tentu boss saya suka dengan saya dan saya akan dapat anugerah cemerlang sejak bertahun lalu.. Hahaha...
Perasaan yang amat mendalam
~Perasaan saya memang duk kat dalam.. Hahahaha..
Cantik dari segi mental & fizikal
~Erm... owh...
Tidak perlu dimotivasikan
~Nak kursus motivasi.. dah lama tak pergi..Apa kes?
Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
~Betul..betul..betul...
Mudah dipujuk
~Mudah ke? Hati didalam siapa yang tahu? Kalau letak RM 1k sapa pun mudah dipujuk.. Hahaha.. Mata wang betul!
Bersikap sistematik (otak kiri)
~Erm.. Maunya tak..Buat sistem maa.. Kena ada sistematik..nak susun program bukan senang wooo... (Perasan!)
Suka berangan
~Saya nak kaya, dunia dan akhirat. Nak duduk lepak dirumah yang ada air terjun mini dekat laman. Sambil tengok matahari terbenam dari balkoni... Angin bertiup sepoi2 bahasa. Berbual mesra dengan En Suami sambil meneguk Nescafe.. Owh..sangat the berangan la...
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
~Saya boleh mengfirasatkan hati suami saya. Orang lain..entahlah... Takdak kaitan..tak amik tau..hahaha..
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
~Telinga saya berdengung sekejap, pastu pop. Dah ok.. Nanti berulang lagi.. Apakah itu? Leher saya ... Selsema kat leher ke? Masih selsema ni..
Daya khayalan yang tinggi
Opsss...
Pandai berdebat
~Paling pandai dengan en suami.. hahaha.. Saya sangat suka orang membalas kata2 saya bila saya persoalkan sesuatu. Idea saya mencurah2 untuk membalas balik. Tapi kalau lawan saya diam..saya akan mati kutu.. hahaha...
Fizikal yang baik
~Setakat ini saya suka dengan fizikal saya.. Dah 31 tahun fizikal nih. Kalau enjin kereta dah tukar kot...
Kelemahan sistem pernafasan
~Sememangnya.. Selsema..
Suka sastera, seni & muzik serta melancong
~Owh..i like.. Suatu masa dulu saya amat ingin aktif dalam teater. Tapi en suami tidak suka..maka saya sentap sehingga hari ini...
Tidak berapa suka duduk di rumah
~Boleh diterima.. sebab tidak berapa. Bukan tidak suka..
Tidak boleh duduk diam
~Tidur pun tak diam (buas orang kampung saya kata)..inikan pula waktu berjaga..hahaha..
Tidak punya ramai anak
~Owh..saya nak anak lagi.. Doakan saya ya.. Amir nak adik perempuan...
Rajin dan bersemangat tinggi
~Rajin kah? Erm..Fikir..fikir..
Agak boros
~Diakui. Selagi ada duit dalam dompet...
Owh..kuiz nih agak tepat..
16 December 2009
Jiwang..
Ada orang letak link blog aku dengan perkataan "jiwang" kat belakang namaku. Owh.. Jiwangkah aku? atau terbalik kot..? Ada lagukah dalam blog aku ni? atau ada gambar teddy or love or else yang berunsur demikian? atau harus dibuat kuiz nih? hahaha..
Mungkin tak kenal betul2 ni. Sekadar menilai dari kulit buku sahaja. Tapi serasa aku, dari kulit aku pun dah cukup untuk katakan aku bukan jiwang type. hahaha..
Kenapa aku katakan aku bukan dalam kumpulan jiwang?
Aku tidak suka lagu meleleh2. Kecuali lagu tu sedap ditelinga aku. Tapi biasanya kejap ja lagu tu jadi santapan telinga aku, lepas aku dah dapat lirik dia, aku dah tak minat. Rekod paling lama lagu aku suka, Paper Cut by Linkin park.. lagu sedap, lirik menarik..
Aku suka bawak kereta laju2. Taklah selaju kereta 1.8 ke atas. Kereta aku standard 1.5 sahaja. Jadi setakat 180 tu ja paling laju pernah dibawa. Bukan bangga tapi cerita. Sebab ada orang lagi hebat sampai 240++km/j.. Jadi siapalah aku. Mungkin sebab tak selaju tu, maka aku dikategorikan jiwang? Hahaha.. Tak percaya.. Jom cuba, rekod setakat ni dari SP ke Alor Star ikut highway, 20 minit..boleh? Saman dah 16 owh..bila nak bayar nih..?
Kalau pergi kerja atau keluar rumah, setakat lipstik penghias wajah. Kekadang tu, bedak pun tak tempek. Sapa nak tengok? Bilik kerja aku ada technician saja. Waktu keluar Amir tak suka, sekalipun berlipstik.. Hahaha..Untuk apa membazir duit pakai segala bagai tu?
Pernah tengok aku buat kerja? Setakat melepek kat atas lantai tu, dah biasa sangat. Angkat CPU? Normallah.. Kalau tempat lama aku, siap tarik kabel bagai.. Kalah tech aku sekarang..Hahaha.. Masih jiwang kah aku?
Mungkin ayat2 aku dalam blog ni kut?... Nampak formal dan jiwangkah? Sebenarnya, nak berbloging nih ada etika nya. Bukan main redah hantam keromo saja. Kalau nak tau etika dia, carilah..rasanya En Google boleh tolong. Aku baca dari some blogger ja.. Contohnya Kak Kujie dan Kak Pnut. Blogger yang baik dan otai...
Lastly, aku tak marah dengan pertambahan istilah tu, tapi seeloknya jangan letak. Blog kita bukan hanya seorang dua yang membaca. Seluruh dunia maya boleh mengaksesnya. Kecuali kita letakkan password, dan hanya insan2 luarbiasa yang dibenarkan melayarinya...