Hari pertama Amir memulakan persekolahan. Sejak semalam emaknya tak tahu nak masukkan buku apa ke dalam beg. Langsung tidak dimaklumkan. Jadinya emaknya masukkan saja buku-buku yang difikirkan logik..
Mujurlah ayahnya bercuti, menunggu Amir sehingga jam 10 lebih. Sampaikan laporan kepada emak yang menanti dengan debar. Bermacam cerita. Dari kes masuk tandas sehingga membeli di kantin. Amir tidak pernah diajar membeli barang sebelum ini. Dia sangat jarang mengikut kami ke kedai. Kata ayahnya, dia agak lambat dalam hal membeli. Takpelah..belajar lagi..lepas nih pandailah tu..
Apa yang saya perhatikan buku teks sekarang tidak lagi seperti zaman saya dahulu. Iyalah zaman dah berubah. Nampaknya semakin menipis dan lebih banyak latihan. Malah buku latihan harian pun dah macam buku aktiviti, dan bukan lagi sama macam buku tulis saya dulu.
Semoga guru-guru juga turut bersemangat untuk mendidik anak bangsa agar terus berkualiti untuk masa depan negara..