Semalam saya ambil kesempatan ke bank selepas memohon keluar untuk ke Pajabat Pos dan Bank Rakyat. Bukan apa..alang-alang dah dapat kebenaran, saya suka selesaikan kerja saya sehingga selesai.
Dalam perjalanan, teringat pulak nak tambah angin tayar depan keta saya yang nampak sikit kurus.. Singgahlah saya ke Stesyen Petronas. Bagi signal masuk, terus menuju ke pam angin. Sebaik melintas jalan keluar, saya terperasan ada sebuah kereta meluru masuk melalui jalan keluar tu.. Oklah, saya pun perlahankan kenderaan bagilah si cik merah Gen2 pergi dulu. Terus dia masuk ke pam angin tempat saya dah mark dari awal dan memaksa saya mengelak dari dia. Reverselah makcik nih dan park senget-senget sebelah cik merah. Maka angin kus-kus mak buyong pun mula memainkan peranan. Mulut usah katalah, berbakul-bakul magic word dah keluar. Lupa diri tengah membawa baby...
Saya pun turunlah dari kereta lepas park kat sebelah cik merah, sambil jeling-jeling dan tertanya.. nak bubuh angin ka cik merah nih? Ambil getah paip angin (atau apa saja yang korang panggil) kat depan keta saya, saya pun masukkan angin ke dalam tayar (macam tak best plak ayat nih.. korang paham kan?). Rupanya pam didepan saya rosak.
Simpan getah paip tu, saya berjalan ke depan cik merah dan jeling lagi kat tuan cik merah sambil ambil paip getah depan dia. Oh..tengah telefon.. La..kalau setakat nak telefon..takyah lah park tempat orang nak buat kerja nih.. Nih ganggu orang saja. Pi lah park serata stesyen minyak yang luas tu.. Ni tak..kat situ jugaklah dia nak park.. Sakit hati betul. Sekali tengah membebel dalam hati, tuan cik merah beralih arah saya dan senyum. Comel! Tapi entahlah jin-jin dan syaitan dalam diri nih terus berbisik..jeling jer jangan balas senyum tu.. Hahahaha.. Maka sombonglah makcik buyong tu pada hari itu..
Maaflah tuan cik merah yang comel.. saya bukan sombong sebenarnya tapi geram dengan orang-orang yang kadang-kadang terlupa untuk gunakan kelebihan yang diberi Allah.. Cuba-cubalah fikir sikit..
Inilah rupa cik merah yang sempat saya snap sebelum dia berlalu dan saya follow kat belakang..
Kalau kenkawan pandai cubalah teka no platnyer.. Ada hadiah menanti.. hiks!
psstt..nanti saya buat entry nak guna Adobe Photoshop Element untuk dapat gambar ala-ala di atas..(Peringatan untuk diri sendiri nih)